Berita Harian

Memang patut DBP jadi ‘polis bahasa’

-

Kuala Lumpur: Tokoh bahasa meminta kerajaan menyegerak­an proses merumus undang-undang supaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi pihak berkuasa bahasa berikutan ketidakten­tuan politik negara ketika ini.

Bagi Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, sudah banyak kali terdengar sebelum ini ada ketua kerajaan yang memartabat­kan bahasa Melayu bukan sahaja di dalam tetapi juga di luar negara.

“Dulu mungkin ada yang beretorik, sekarang kita dapat lihat seorang ketua kerajaan yang bukan sahaja ada retorik tetapi retoriknya diiringi dengan tindakan.

“Beliau sendiri (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) menggunaka­n bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara. Kita perlu mengambil kesempatan sementara beliau masih lagi menerajui tampuk kepimpinan negara (supaya pindaan undang-undang disegeraka­n),” katanya dihubungi, semalam.

Kok Seong berkata, pindaan Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 yang sedang diusahakan ketika ini akan mengubah status DBP menjadi pihak berkuasa bahasa.

“Jika DBP tidak diberi kuasa itu selama-lamanya masyarakat tidak akan mengambil peduli isu bahasa dengan serius.

“Dengan adanya undang-undang ini, pasti ada perubahan ketara. Masyarakat akan lebih cakna dalam hal bahasa kerana mereka juga boleh didenda malah menteri juga boleh diaibkan dengan denda yang bakal dikenakan,” katanya.

Menurut beliau lagi selama ini DBP hanya boleh nasihat namun tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas sesetengah pihak pesalah bahasa yang menggunaka­n bahasa Inggeris atau campuran bahasa Melayu dan Inggeris di papan tanda.

“Kita tidak mahu bahasa Melayu seperti melukut di tepi gantang di tanah watan sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan menjelaska­n Pindaan Akta DBP yang dicadangka­n lebih meluas daripada sekadar hanya membabitka­n soal denda.

Jika DBP tidak diberikan kuasa itu selama-lamanya masyarakat tidak akan mengambil peduli isu bahasa dengan serius

Yang terpenting untuk mengangkat DBP sebagai badan berkuasa bahasa tertinggi

 ?? ?? Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP
 ?? ?? Teo Kok Seong,
Profesor Emeritus
Teo Kok Seong, Profesor Emeritus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia