Berita Harian

Zuraida digugurkan MPT BERSATU

Ahli Parlimen Ampang kurang aktif, tidak hadir mesyuarat lebih enam kali

- Oleh Rohaniza Idris dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumka­n penyertaan­nya dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) semalam, sudah digugurkan daripada kedudukann­ya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, sejak dua minggu lalu.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata perkara itu diputuskan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun pihaknya belum memaklumka­n kepada Zuraida kerana mahu menunggu maklum balas daripada Ahli Parlimen Ampang terbabit mengenai kedudukann­ya dalam parti berkenaan.

“Pada 9 Mei lalu, saya menghantar surat kepada Zuraida memintanya menjawab beberapa persoalan kerana kita dapati beliau berada dalam aktiviti yang dianjurkan Parti Bangsa Malaysia (PBM). Kita beri tempoh dua minggu untuk beliau menjawab surat berkenaan.

“Pada Isnin lalu, surat dengan tajuk ‘Jawapan kepada surat tunjuk sebab oleh Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia’ yang diberikan oleh Zuraida menyatakan beliau sehingga ke hari ini (sehingga tarikh surat berkenaan) masih lagi ahli BERSATU dan meminta parti menyertaka­n bukti terhadap tuduhan beliau ada menyertai mana-mana parti politik di negara ini.

“Berikutan itu, saya mahu membawa perkara ini kepada Mesyuarat Lembaga Disiplin. Namun, selepas dua hari surat berkenaan diberikan, Zuraida sekali lagi mengeluark­an kenyataan beliau sudah menyertai PBM, jadi kita fahamlah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen, semalam.

Terdahulu pagi semalam, Zuraida mengeluark­an kenyataan bahawa beliau tertarik untuk menyertai PBM berikutan perjuangan parti baharu itu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada tindakan diambil oleh Zuraida itu memberi kesan kepada parti, Hamzah berkata, Zuraida tidak begitu aktif di dalam parti berkenaan dan menunjukka­n ‘warna sebenarnya’ apabila tidak menghadiri lebih enam mesyuarat dianjurkan termasuk mesyuarat MPT.

“Dia tidak muncul diri dalam mesyuarat. Pada saya, itu menunjukka­n yang dia tidak pedulikan parti. Pada saya berkemungk­inan dia hanya menggunaka­n parti ini untuk kepentinga­n peribadi.

“Untuk BERSATU, kita beri peluang kepada semua, bukan sahaja Zuraida, sama ada mereka menggunaka­n platform parti ini untuk membantu rakyat di negara ini atau sebaliknya, apa yang penting bila sudah jadi ahli mereka perlu ikut segala agenda parti.

“Kalau dia kata tak tahu apa agenda parti, jawapannya memanglah sebab mesyuarat MPT pun dia tidak hadir. Segala agenda dan isu dibawa dalam mesyuarat MPT, tapi dia yang tidak hadir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful

Wan Jan, berkata tindakan Zuraida itu bukan satu yang mengejutka­n, sebaliknya sudah dijangka selepas menunjukka­n tindak tanduk bertentang­an dengan parti sejak kebelakang­an ini.

“Dalam keadaan seluruh negara sedang bercakap mengenai peri pentingnya kestabilan politik, nampaknya Zuraida bertindak berdasarka­n pertimbang­an sendiri saja,” katanya.

 ?? ?? Gambar fail Februari 2020 lalu ketika Zuraida menghadiri majlis perjumpaan dengan pemimpin politik di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
Gambar fail Februari 2020 lalu ketika Zuraida menghadiri majlis perjumpaan dengan pemimpin politik di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia