Berita Harian

PBM sudah terima permohonan Zuraida

-

Kuala Lumpur: Parti Bangsa Malaysia (PBM) sudah menerima permohonan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, untuk menyertai parti itu semalam.

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad, berkata borang permohonan itu akan melalui proses sewajarnya menerusi perbincang­an bersama Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

“Pada hari ini (semalam), pejabat saya menerima borang permohonan menyertai PBM daripada (Yang Berhormat), Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Kami amat berbangga dan teruja dengan perkara ini memandangk­an beliau seorang Ahli Parlimen yang berdedikas­i dan berwibawa.

“Beliau juga mempunyai rekod perkhidmat­an cemerlang sebagai pemimpin yang dekat kepada rakyat di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nor Hizwan berkata, keputusan permohonan Zuraida itu akan diumumkan sejurus selepas perbincang­an majlis pimpinan

Setiausaha Agung PBM tertinggi PBM.

“Ini juga mengukuhka­n lagi keyakinan kami bahawa enam teras perjuangan yang dibawa PBM yang berbilang kaum ini, terus mendapat sambutan dari pelbagai peringkat rakyat di negara ini

“Ini menambah semangat kami dalam membina momentum untuk terus bekerja keras demi bangsa Malaysia,” katanya.

Ketika ini, PBM diketuai Presidenny­a, Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau, Sarawak, selepas memperoleh sokongan sebulat suara pada Mesyuarat Khas Persidanga­n Agung PBM di

Sibu, Sarawak, pada 8 Januari lalu.

Selain Sng, kepemimpin­an PBM dibarisi oleh Haniza Mohamed Talha (ADUN dari Selangor) sebagai Timbalan Presiden 1; Wong Judat (bekas ADUN Meluan) Timbalan Presiden 2; Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau) Naib Presiden Kanan 1 dan A Sivasubram­anian (ADUN dari Perak) Naib Presiden Kanan 2.

Lain-lain yang dipilih ialah Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden 2, Dr Sathiskuma­r; Naib Presiden 3, Saful Bahari Sahri; Ketua Wanita, Dr Daroyah Alwi (ADUN dari Selangor) dan Ketua Pemuda, Na’im Brundage.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia