Berita Harian

YB lompat parti bakal hilang kerusi

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Akta baharu sekat tindakan dijangka berkuat kuasa Januari 2023 fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Mana-mana Ahli Parlimen yang melompat dari parti diwakiliny­a ketika pilihan raya ke parti lain atau bertukar menjadi Ahli Parlimen Bebas, boleh kehilangan kerusi masingmasi­ng selepas akta baharu berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dikuatkuas­akan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangunda­ng), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Ahli Parlimen Bebas yang memilih untuk menyertai mana-mana parti politik juga boleh kehilangan kerusi melalui akta sama.

Beliau berkata demikian ketika mengulas akta baharu itu yang dijangka dibentangk­an melalui sidang khas di Dewan Rakyat seawal Julai depan, sebelum dapat dikuatkuas­akan paling awal Januari 2023.

Katanya, akta itu nanti antara lain merangkumi perkara membabitka­n kriteria yang boleh menyebabka­n sesebuah kerusi Parlimen itu kosong.

Bagaimanap­un beliau memaklumka­n, sekiranya Ahli Parlimen itu dipecat oleh parti, mereka masih boleh mengekalka­n kedudukan masing-masing di kerusi yang dimenangi pada pilihan raya.

“Selepas RUU (Rang Undangunda­ng) itu diluluskan nanti, individu yang melepaskan jawatan atau ditamatkan atas sebab lompat parti boleh bertanding semula serta-merta di kerusi yang dikosongka­n itu tanpa perlu menunggu lima tahun.

“Semangat daripada itu ialah mandat rakyat. Mereka boleh kembali kepada kawasan sama untuk bertanding supaya rakyat boleh menghakimi mereka, sama ada layak menjadi wakil atau tidak.

“Bagaimanap­un ia masih tertakluk jika individu terbabit hilang kelayakan berdasarka­n kepada peruntukan undang-undang pilihan raya sedia ada,” katanya.

Sebelum ini, Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen Bagi RUU Perlembaga­an (Pindaan) (No 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dilapor mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara dasar mengenai gubalan RUU itu.

Wan Junaidi yang juga pengerusi jawatankua­sa dianggotai 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g itu berkata, kata sepakat dicapai pada mesyuarat yang turut mendapatka­n pandangan bertulis daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan masyarakat madani (CSO), parti politik dan pakar akademik berkaitan parameter gubalan RUU berkenaan.

Sementara itu Wan Junaidi berkata, peruntukan sedia ada dalam Perlembaga­an Persekutua­n akan turut dipinda iaitu Perkara 10 berhubung kebebasan berpersatu­an, Perkara 48 iaitu kehilangan kelayakan Ahli Parlimen dan Perkara 160 berkenaan taksiran parti politik dan Jadual Lapan iaitu bidang kuasa negeri membabitka­n ruang kepada kerajaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) negeri memperkena­lkan undang-undang lompat parti.

“Kita juga akan menggubal satu peruntukan baharu iaitu Perkara 49 yang akan memasukkan butiran dan proses berlaku selepas Ahli Parlimen melompat parti,” katanya.

Wan Junaidi berkata, sebaik Yang Dipertua Dewan Rakyat mengetahui mengenai tindakan Ahli Parlimen melompat parti, beliau perlu membuat pengesahan sebelum memaklumka­n Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia