Berita Harian

Keluar mengundi rendah perkara biasa bagi PKR

-

Kuala Lumpur: Peratusan keluar mengundi rendah yang direkodkan sepanjang proses pemilihan PKR 2022 dianggap situasi biasa yang berlaku dalam parti politik itu.

Penganalis­is politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata walaupun rendah, kadar 12 peratus keluar mengundi direkodkan kali ini menunjukka­n peningkata­n berbanding hanya sembilan hingga 10 peratus dicatatkan pada pemilihan parti itu selepas PKR menang besar pada 2018.

“Melihat sejarah pemilihan PKR, peratusan keluar mengundi parti ini satu yang biasa. Lagipun parti ini menjadi satu-satunya kepemimpin­an organisasi dipilih ahli parti atas dasar satu undi bagi setiap ahli.

“Sistem undian satu ahli satu undi dan bukan bergantung perwakilan ini lebih demokratik dan satu usaha yang perlu diraikan kerana mereka memastikan suara kepemimpin­an dipilih bukan hanya segelintir orang dalam parti, tetapi dibuat oleh individu,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas rekod 12 peratus atau 136,000 anggota PKR yang dilapor keluar dalam Pemilihan PKR 2022 yang selesai Ahad lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa berkata, peratusan keluar mengundi itu agak rendah, namun pengundian dalam talian memberangs­angkan dengan 90.84 peratus membabitka­n 76,932 anggota.

Awang Azman berkata, beliau percaya jumlah mengundi yang turun menunaikan tanggungja­wab itu ada kaitan dengan pengenalan pengundian dalam talian yang dilihat lebih menjimatka­n masa dan memberikan banyak manfaat.

“Saya melihat undian dalam talian lebih demokratik kerana pengundi sukar dipujuk dan tidak mengundi berdasarka­n cai yang diedarkan di barong berdekatan tempat mengundi,” katanya.

Ditanya kontrovers­i pemilihan kali ini terutama mengenai senarai pengundi yang meragukan seperti dibangkitk­an calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli, beliau berkata itu satu perkara biasa dalam mana-mana pemilihan parti politik.

Beliau pada masa sama berkata, pemilihan parti ini tidak boleh dijadikan ukuran bagi menilai peluang dan kesediaan PKR menghadapi pilihan raya umum (PRU).

“Apa yang penting untuk persediaan PRU bukan soal pemilihan parti itu, sebaliknya sejauh mana mereka dapat membentuk kerjasama antara parti dan blok parti.

“Kepemimpin­an yang kalah dalam PKR kena berjiwa besar kerana kalah atau menang, kesatuan itu lebih penting bagi memastikan kemenangan parti termasuk merampas semula 40 kerusi mereka akibat tindakan mereka yang melompat parti,” katanya

Sementara itu, penganalis­is politik yang juga Pengurus Kanan (Penyelidik­an), Institut

Penganalis­is politik dari Universiti Malaya

Darul Ehsan (IDE), Khairul Ariffin Mohd Munir, berkata pendedahan PKR mengenai penyertaan 136,000 ahli parti dalam pemilihan kali ini menunjukka­n parti itu mempunyai ahli aktif yang melambangk­an mekanisma jentera parti kuat untuk bergerak seluruh negara, setanding parti lain di Malaysia.

Mengulas lanjut, katanya pemilihan PKR amat penting kerana mereka tiada pilihan lain disebabkan sudah tiada Timbalan Presiden, Naib Presiden dan kepemimpin­an bawahan yang bercelaru kesan ‘Langkah Sheraton’ dan tindakan lompat parti dalam kalangan pimpinan tertinggi.

“Tindakan ini sudah cukup memberi tamparan hebat dan melemahkan organisasi dalaman PKR. Dalam erti kata lain, jika pemilihan tidak dilakukan, Presiden parti akan tempang dalam mengemudi parti berhadapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Justeru, saya melihat pemilihan ini adalah satu usaha dan strategi PKR sebagai multi-racial party (parti pelbagai bangsa) untuk memperkuku­hkan jentera pengurusan parti menghadapi PRU-15,” katanya.

Keratan akhbar BH, kelmarin.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia