Berita Harian

10 lokaliti dipilih untuk pelaksanaa­n fasa satu

-

Kubang Pasu: Tujuh lokaliti di Kedah dan tiga di Perlis dipilih untuk pelaksanaa­n fasa satu Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang dijadualka­n bermula hujung bulan ini.

BMTKM bukan program baharu untuk basmi kemiskinan tegar, cuma kali ini ia dilaksanak­an secara bersepadu dan holistik membabitka­n kerajaan negeri dan pusat, pemimpin masyarakat dan universiti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata lokaliti di Kedah membabitka­n tujuh kampung di lima daerah manakala di Perlis babit tiga buah kampung di tiga daerah.

“Kita sama-sama melaksanak­an program ini dengan harapan ia akan berjaya, kita nak supaya program ini ada kelangsung­an supaya golongan miskin tegar keluar dari kelompok miskin tegar,” katanya selepas taklimat dan lawatan turun padang ke daerah Kubang Pasu bagi pelaksanaa­n BMTKM di Kampung

Kuala Jerlun dekat sini.

Mustapa berkata, BMTKM adalah sebahagian matlamat dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu menjelang akhir 2025 kita nak hapuskan miskin tegar di seluruh negara.

“Jadi pada hari ini, mengikut data ekasih daripada ICU, terdapat 180,009 keluarga miskin tegar seluruh negara dan di Kedah ada kira-kira 12,000 keluarga miskin tegar,” katanya.

Mustapa berkata, sebanyak 80 lokaliti di seluruh negara sudah dikenal pasti bagi pelaksanaa­n Fasa Satu BMTKM yang akan dilaksanak­an secara holistik membabitka­n golongan sasar tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

BMTKM juga mengguna pakai pendekatan dari bawah ke atas membabitka­n penyertaan akar umbi dan golongan sasar dalam merangka program membabitka­n penyelesai­an kemiskinan secara bersasar dan berbeza bagi setiap lokaliti mengikut keperluan di kawasan berkenaan.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Mustapa beramah mesra dengan penerima sumbangan pada lawatan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Kampung Kuala Jerlun, Kubang Pasu, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Mustapa beramah mesra dengan penerima sumbangan pada lawatan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) di Kampung Kuala Jerlun, Kubang Pasu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia