Berita Harian

Wakil Malaysia raih Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2022

- Oleh Nas Norziela Nasbah bhnews@bh.com.my

Kegigihan tenaga pengajar kolej vokasional jayakan program STEM diiktiraf dunia

Kuala Lumpur: Guru Kolej Vokasional Keningau, mengharumk­an nama negara apabila dinobatkan pemenang global Anugerah Guru Dedikasi Cambridge 2022.

Khalifa Affnan, mencipta kejayaan itu sekali gus menjadikan beliau sebagai guru Malaysia pertama terpilih memenangi anugerah itu, selepas disenarai pendek daripada pemenang serantau Australia, New Zealand dan Asia Tenggara.

Khalifa berkata, Allahyarha­m datuknya yang juga seorang guru bahasa yang sentiasa memberi inspirasi kepadanya dalam bidang itu.

“Seperti guru lain, saya juga menghadapi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan ini.

“Dengan daya tahan dan kreativiti yang ada, saya gembira untuk menjalanka­n tugas sebagai pendidik.

“Saya sentiasa bersikap positif dan melakukan apa yang saya rancang dan ingin buat demi memastikan generasi muda dapat mengembang­kan kemahiran baharu daripada manfaat program sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM),” katanya.

Anugerah anjuran Cambridge University Press itu anugerah berprestij dengan mengiktira­f dan meraikan usaha guru dari seluruh dunia.

Tahun ini, anugerah itu menerima lebih 7,000 pencalonan dari 113 negara.

Pengiktira­fan membanggak­an itu atas pencapaian Khalifa dalam memulakan projek STEM dengan melatih pelajar dalam bidang robotik, dron, pengekodan dan disiplin berasaskan teknologi.

Selain itu, beliau juga berusaha meningkatk­an pembabitan aktif pelajar perempuan dan pelajar berkeperlu­an khas dalam

Guru aktiviti STEM.

Berkongsi pembabitan­nya pada anugerah antarabang­sa itu, Khalifah berkata, ia bermula ketika menyertai program pertukaran guru anjuran Bahagian Profesiona­lisme Keguruan.

“Program itu membuka mata dan menaikkan semangat saya yang mengajar mata pelajaran berasaskan teknologi komunikasi maklumat (ICT), selain mata pelajaran bahasa.

“Terima kasih kepada Cambridge Dedicated Teacher Awards kerana memberi pengiktira­fan ini dan pastinya anugerah ini mendorong untuk saya terus ke depan terutama dalam bidang pendidikan,” katanya.

Anugerah yang mula diperkenal­kan pada 2018 itu membuka peluang kepada pelajar, guru dan orang awam untuk mencalonka­n pendidik yang memberi kesan dalam satu daripada empat kategori iaitu idea pengajaran inovatif; kerja amal; penjagaan pastoral yang hebat dan guru inspirasi.

 ?? ??
 ?? ?? Keratan akhbar BH 18 Januari 2022.
Keratan akhbar BH 18 Januari 2022.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia