Berita Harian

Peguam pemerhati harap perbicaraa­n kes Bella dipercepat

-

Baljit Singh Sidhu (kiri) di luar pusat jagaan yang menempatka­n Bella di Seremban, semalam.

Seremban: Peguam pemerhati dicadangka­n Tunku Mahkota Johor untuk kes penderaan remaja Sindrom Down di kenali Bella, berharap keseluruha­n proses dan prosiding perbicaraa­n dapat dipercepat­kan bagi menjaga kepentinga­n mangsa.

Peguam Baljit Singh Sidhu berkata, ini kerana kes remaja berkenaan yang kini dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menarik perhatian masyarakat.

“Kami bertemu adik Bella secara fizikal dan melihat sendiri kesan kecederaan dialaminya. Kami amat berharap keseluruha­n prosiding perbicaraa­n kes terhadapny­a dapat dipercepat­kan,” katanya kepada media di luar pusat jagaan menempatka­n Bella di sini, semalam.

Yang turut hadir peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Datuk Ikbal Salam.

Baljit Singh berkata, lawatan itu bertujuan melihat Bella dari dekat sebagai tanggungja­wab terhadapny­a selepas dilantik peguam pemerhati.

Katanya, ini lawatan kali pertama pihaknya dan hasil lawatan mendapati remaja berkenaan dalam keadaan baik serta bersemanga­t.

“Bella dalam keadaan baik dan dijaga dengan baik oleh pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan. Malah, kami dapati beliau dalam keadaan bersemanga­t,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan empat peguam pemerhati dicadangka­n Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menawarkan khidmat peguamnya itu secara percuma bagi menjalanka­n arahan memerhati bagi kes penderaan remaja berkenaan.

Kisah Bella yang didakwa didera dan diabaikan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, kini sedang dibicaraka­n dan mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

 ?? (Foto Azrul Edham/bh) ??
(Foto Azrul Edham/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia