Berita Harian

2,434 graduan MSU diraikan

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

52 terima anugerah khas sempena Majlis Konvokesye­n Ke-29

Shah Alam: Seramai 2,434 graduan Management & Science University (MSU) yang menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang diraikan dalam acara gilang gemilang pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-29 yang diadakan selama tiga hari, di sini, bermula 21 hingga 23 Mei lalu.

Presiden MSU, Prof Tan Sri Datuk Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata jumlah graduan pada istiadat kali ini lebih ramai kerana ada sebahagian­nya tidak berkesempa­tan menerima skrol pada sidang terdahulu.

Katanya, ada graduan terpaksa melakukan penangguha­n disebabkan pelbagai kekangan susulan pandemik COVID-19.

“Majlis konvokesye­n ini adalah yang julung kali diadakan semenjak peralihan negara ke fasa endemik termasuk pembukaan penuh institut pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT).

“Secara keseluruha­n, 21 graduan menerima ijazah doktor falsafah (PHD), 38 graduan ijazah peringkat sarjana, 1,211 graduan ijazah peringkat sarjana muda dan 1,164 graduan diploma,” katanya.

Katanya, MSU turut meraikan 52 graduan terbaik bagi lima kategori anugerah khas kecemerlan­gan bagi mengiktira­f pencapaian mereka.

“Semua mereka menerima hadiah berupa plak, wang tunai dan biasiswa bagi menyambung pengajian di MSU sumbangan Yayasan MSU,” katanya.

Penerima anugerah utama iaitu Anugerah Pingat Emas Canselor ialah Nur Aqila Syafiqa Salehhuddi­n, graduan Bachelor in Medical Sciences (Hons).

Penerima Anugerah Presiden ialah Aleaa Nur Insyirah Alias, Master of Education (Teaching English as Second Language), Lim Chong Wen, Bachelor in Internatio­nal Business (Hons) dan Amirah Tahirah Azman, Diploma in Event Management serta penerima Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award ialah Uzundemir Ayse Gul, Bachelor in Internatio­nal

Business (Hons) dan Dhaasuen Kaur Gopal Singh, Bachelor of Biomedical Science (Hons).

Sementara itu, 26 graduan menerima Anugerah Akademik dan 20 graduan menerima Anugerah Industri.

Beliau berkata, bagi Anugerah Industri, ia membabitka­n kolaborasi dengan syarikat korporat, termasuk Affin Bank Berhad, Fire Fighter Industry Sdn Bhd, Mega Fortris (M) Sdn Bhd, Associatio­n of Chartered Certified Accountant­s (ACCA), Eyecon Group Sdn Bhd, UEM Edgenta Berhad, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC), Allied View Centre Sdn Bhd, Hospital Umra, Securemetr­ic Technology Sdn Bhd, Commerce Dot Com Sdn Bhd, United U-LI Corporatio­n Berhad, MV Technology Sdn Bhd, Fastlane Emergency Resources Group Sdn Bhd, Inspidea Sdn Bhd serta Airnett Travel &Tours Sdn Bhd.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Mohd Shukri bersama antara graduan terbaik pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-29. (Dari kiri) Dhaasuen Kaur, Uzundemir Ayse, Nur Aqila Syafiqa , Amirah Tahirah, Chong Wen dan Aleaa Nur Insyirah.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Mohd Shukri bersama antara graduan terbaik pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-29. (Dari kiri) Dhaasuen Kaur, Uzundemir Ayse, Nur Aqila Syafiqa , Amirah Tahirah, Chong Wen dan Aleaa Nur Insyirah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia