Berita Harian

Pasangan kembar kongsi kejayaan rangkul Anugerah Industri MSU

-

Shah Alam: Menerima Anugerah Dekan setiap semester dan pernah merangkul Anugerah Senarai Presiden, pasangan kembar cemerlang ini berkongsi satu lagi kejayaan apabila keduanya terpilih sebagai penerima Anugerah Industri pada Majlis Konvokesye­n Management & Science University (MSU) Ke-29.

Graduan Bachelor of Biomedical Science (Hons) berusia 25 tahun, Adriana Darwisya Najhan dan Afrina Batrisyia Najhan yang masing-masing menerima anugerah Industri dari itools Sdn Bhd dan Copus Solution, berkata ia antara kenangan paling manis sepanjang pengajian dan disifatkan kejayaan berganda kerana terpilih di antara 20 pelajar terbaik yang menerima pengiktira­fan berkenaan.

“Tentunya terkejut dan sangat terharu kerana kami pasti mahasiswa lain turut berusaha keras dan melakukan yang terbaik sepanjang latihan industri.

“Saya dan kakak amat bertuah kerana ditempatka­n di syarikat yang sama (ketika latihan industri), sekali gus memudahkan pergerakan dan saling membantu jika ada yang perkara yang kurang difahami,” kata mereka ketika ditemui pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-29, di sini, baru-baru ini.

Adriana Darwisya berkata, hubungan yang akrab dan sikap saling membantu serta menyokong antara satu sama lain antara faktor kejayaan dalam akademik.

“Kami berdua tidak pernah berpisah sejak di sekolah. Malah, kerana minat yang sama dalam bidang sains, kami memilih bidang pengajian sama pada peringkat diploma hingga ke peringkat ijazah.

“Cara kami belajar sama sahaja seperti mahasiswa lain, apa yang membezakan adalah keakraban sebagai pasangan kembar,” katannya.

Kedua-duanya menerima plak penghargaa­n, sijil dan biasiswa dari Yayasan MSU untuk pengajian di peringkat sarjana.

 ?? ?? Afrina Batrisyia Najhan dan kakaknya, Adriana Darwisya Najhan (kanan) menerima Anugerah Industri pada majlis Konvokesye­n MSU Ke-29 di Shah Alam baru-baru ini.
Afrina Batrisyia Najhan dan kakaknya, Adriana Darwisya Najhan (kanan) menerima Anugerah Industri pada majlis Konvokesye­n MSU Ke-29 di Shah Alam baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia