Berita Harian

Jurulatih wushu didakwa 10 tuduhan amang seksual

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim bhnews@bh.com.my

Bekas atlet negara berdepan penjara, sebatan jika sabit kesalahan

Putrajaya: Seorang jurulatih wushu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam atas 10 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Gjeblehim Bong Teck Fuu, 31, yang juga bekas atlet negara selepas semua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Wan Aima Naziha Wan Sulaiman.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sekitar Februari lalu di sebuah rumah di Taman Kajang Mewah di Kajang, Selangor.

Bagi kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Michelle Liu dan Vam Shir Mooi.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum ini, media melaporkan seorang jurulatih wushu berusia 31 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang atlet di bawah kendaliann­ya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, dilaporkan berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada 9 hingga 11 Februari lalu di rumah jurulatih terbabit di Taman Kajang Mewah.

Kelmarin pula, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji, mengesahka­n dua laporan polis diterima masing-masing di Cheras dan Brickfield­s berkaitan kes cabul dilakukan jurulatih wushu itu membabitka­n mangsa berusia 12 dan 13 tahun.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Teck Fuu dibawa ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, Putrajaya, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Teck Fuu dibawa ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia