Berita Harian

Letupan bom gegarkan rumah

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Tiga anggota cedera serangan Balai Polis Marin Takbai nfazlina@bh.com.my

Tumpat: “Bunyi tembakan dan letupan bom sangat kuat sehingga rumah saya bergegar, malah sisa letupan turut melayang ke rumah saya,” demikian kata penduduk Kampung Tanjong, di sini, Shikin Khorie, 26, di sini.

Shikin antara yang menyaksika­n detik serangan tembakan dan letupan bom terhadap Balai Polis Marin Takbai yang menggegark­an kawasan tepi tebing Sungai Golok bersebelah­an negara jiran itu malam kelmarin yang dilapor turut menyebabka­n tiga anggota polis marin negara jiran cedera.

Mengimbas serangan itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, ketika kejadian sekitar jam 9.35 malam (waktu Malaysia) dia dan ahli keluarga sedang berbual di ruang tamu rumah yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian yang dipisahkan dengan Sungai Golok itu.

“Ketika itu, kami mendengar bunyi letupan, namun menyangkak­an bunyi mercun. Selepas bunyi letupan semakin kuat, saya keluar melihat apa yang berlaku.

“Keadaan ketika itu sangat menakutkan kerana jarak rumah saya dengan lokasi kejadian sekitar 50 meter (m) sahaja dan saya dapat melihat cahaya tembakan dan letupan bom.

“Bunyi tembakan berterusan sehingga lebih 30 minit dan ketika itu ramai penduduk kampung datang ke rumah untuk melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Shikin berkata, akibat terlalu takut, dia dan suami mengambil tiga anaknya dan bergegas ke rumah bapanya di Kampung Kebun tidak jauh dari situ.

“Ketika itu macam-macam saya fikir, saya takut peluru sampai ke rumah atau penjenayah datang menyerang ke arah rumah saya memandangk­an jarak terlalu dekat,” katanya memaklumka­n lokasi kejadian hanya kira-kira 50m dari Pengkalan Kubor, di sini.

Jirannya, Fatimah Wan Yusuff, 70, menyifatka­n kejadian malam kelmarin itu seolah-olah berlaku di sebelah rumahnya kerana bunyi letupan terlalu kuat, selain menyebabka­n rumahnya bergegar.

“Ini kejadian paling teruk sejak saya tinggal di sini. Sebelum ini pun ada juga bunyi tembakan, namun kejadian agak jauh berbanding apa yang berlaku malam tadi.

“Selepas melihat api tembakan dan bunyi bom yang kuat, saya bersama anak serta cucu terus meninggalk­an rumah menuju kediaman anak di Kampung Geting, di sini,” katanya.

Terdahulu, tinjauan di sekitar sempadan mendapati pasukan keselamata­n Thailand membuat tinjauan di sepanjang Sungai Golok susulan insiden berlaku.

Difahamkan, peniaga di pekan Takbai juga tidak dibenarkan

Sebahagian rumah di Kampung Tanjong, Tumpat didakwa bergegar susulan bunyi tembakan dan letupan bom, kelmarin.

Shikin Khorie beroperasi hari ini sehingga pemeriksaa­n di lokasi berkenaan selesai dilakukan.

Beberapa video turut tular memaparkan situasi tegang di Tak Bai dengan dentuman bom dan tembakan bertalu-talu sehingga menimbulka­n situasi huru-hara.

Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mengesahka­n tiada pembabitan rakyat negara ini dalam kejadian itu dan pihaknya kini memperting­katkan kawalan dan memberi jaminan keselamata­n negara ini berada dalam keadaan sangat baik.

Sementara itu, memetik Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Pol Waesame Salae, berkata tiga anggota sukarelawa­n polis marin cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Pekan Takbai itu.

Sekumpulan 10 lelaki dipercayai anggota militan melepaskan tembakan bertubi-tubi dan melontar bom paip dari arah daratan dan sungai menyebabka­n tiga anggota polis marin yang sedang bertugas cedera akibat terkena serpihan bom.

Selain itu, beliau berkata satu letupan bom buatan sendiri seberat 20 kilogram (kg) turut dilaporkan berdekatan sebuah kedai serbaneka, namun tiada kecederaan dilaporkan dengan beberapa tiang elektrik berdekatan dilaporkan mengalami kerosakan.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ??
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia