Berita Harian

Meninggal lihat rumah dihempap pokok kelapa

- Oleh Aizat Sharif bhnews@bh.com.my

Warga emas terkejut, sesak nafas kejadian awal pagi berlaku dekat tempat tidur

Kangar: Seorang wanita warga emas meninggal dunia, terkejut selepas kediamanny­a ditimpa pokok kelapa, dalam kejadian di Jalan Bukit Kecil, di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Hatun Osman, 66, mengalami sesak nafas apabila kejadian itu berlaku, sebelum menghembus­kan nafasnya terakhir di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifud­din Mohd Yusop, berkata kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi apabila sebatang pokok kelapa yang berada di tepi rumah mangsa tumbang.

“Pokok kelapa yang tumbang itu menghempap bumbung tepi rumah, tempat mangsa ketika mangsa sedang tidur.

“Siasatan mendapati rumah berkenaan dibina menggunaka­n kayu dan separuh bata. Pokok kelapa yang tumbang itu menyebabka­n runtuhan pada zink.

“Mangsa yang terjaga dari tidurnya akibat kejadian itu terkejut, sesak nafas dan meninggal dunia,” katanya semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n fizikal terhadap mangsa tidak menemui kesan kecederaan akibat dihempap pokok.

“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis atap

Hatun Osman

memaklumka­n bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai sekitar jam 4.53 pagi berhubung kejadian berkenaan.

“Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dikerah ke tempat kejadian dan mendapati kejadian membabitka­n sebatang pokok kelapa yang tumbang dan menimpa bahagian bilik sebuah rumah.

“Kita mendapati terdapat seorang mangsa wanita yang berusia 66 tahun di dalam rumah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan,” katanya.

 ?? (Foto ihsan JBPM Perlis) ?? Rumah seorang warga emas rosak selepas ditimpa pokok kelapa dalam kejadian jam 4 pagi di Kangar, semalam.
(Foto ihsan JBPM Perlis) Rumah seorang warga emas rosak selepas ditimpa pokok kelapa dalam kejadian jam 4 pagi di Kangar, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia