Berita Harian

239 dipindah banjir landa tiga daerah di Perak

- Oleh Rosman Shamsudin dan Noor Hidayah Tanzizi

Anggota APM memeriksa keadaan rumah di Hilir Perak yang terjejas banjir kilat akibat limpahan air Sungai Bidor.

Keadaan banjir di Taman Slim Permai, semalam.

Hujan lebat jejas Muallim, Batang Padang, Hilir Perak bhnews@bh.com.my

Ipoh: Seramai 239 mangsa membabitka­n 69 keluarga dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir melanda tiga daerah di Muallim, Batang Padang dan Hilir Perak, dekat sini, semalam.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri berkata, di Muallim tiga kawasan terjejas iaitu Kampung Rasau yang membabitka­n 40 mangsa daripada 14 keluarga, diikuti Trolak Pekan (40 mangsa, 14 keluarga) dan Taman Slim Permai (12 mangsa, tiga keluarga).

Semua mangsa kini ditempatka­n di tiga PPS yang dibuka iaitu di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kampung Rasau, selain Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak Pekan dan Pejabat KEMAS Slim River.

Banjir turut melanda Kampung Kuala Slim, di mana 30 mangsa membabitka­n sembilan keluarga terpaksa dipindahka­n ke PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim.

Di Batang Padang pula, APM memaklumka­n kawasan terjejas akibat banjir ialah Bidor, Klah Baru di Sungkai dan Trolak Selatan.

Katanya, di Bidor 17 mangsa dipindahka­n ke PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa Bidor, manakala 38 mangsa membabitka­n 11 keluarga di Klah Baru di Sungkai pula di pindahkan di PPS Dewan Klah Baru.

“Seramai 42 mangsa banjir membabitka­n 17 keluarga di Trolak Selatan pula dipindahka­n ke PPS di Dewan Semai Bakti Trolak Selatan,” katanya.

Beliau berkata, keseluruha­n tujuh PPS dibuka bagi dua daerah iaitu Muallim dan Batang Padang bagi menampung 226 mangsa banjir membabitka­n 67 keluarga.

Sementara itu, limpahan air Sungai Bidor menyebabka­n tiga kampung di daerah Bidor dilanda banjir kilat dengan PPS di Dewan Majlis Perbandara­n Teluk Intan Langkap dibuka jam 8.45 pagi untuk menempatka­n 13 mangsa daripada dua keluarga.

Jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Hilir Perak berkata, kampung terjejas membabitka­n Kampung SC Air Hitam, Kampung Baru Degong dan Kampung Tengah Air Hitam, dengan mangsa dipindahka­n ke PPS terdiri lima dewasa termasuk tiga wanita bersama dua kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

 ?? (Foto Rosman Shamsudin/bh) ??
(Foto Rosman Shamsudin/bh)
 ?? (Foto ihsan APM) ??
(Foto ihsan APM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia