Berita Harian

TNB tinjau potensi guna turbin angin di Malaysia

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Langkah sejajar sasaran karbon sifar menjelang 2050

Tenaga Nasional Bhd (TNB) meninjau mengembang­kan portfolio tenaga boleh diperbahar­ui (RE) di negara ini, termasuk potensi penggunaan turbin angin pada masa depan sejajar dengan hala tuju kelestaria­nnya mencapai sasaran pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Pengarah Projek (Hala Tuju Kelestaria­n), Bahagian Strategi dan Usaha Niaga TNB, Dr Noor Miza Muhamad Razali, berkata penjanaan tenaga oleh syarikat utiliti itu menuju ke depan adalah daripada sumber rendah karbon dengan penggunaan teknologi hijau baharu, termasuk hidrogen dan tangkapan dan penggunaan karbon (CCU).

Beliau berkata, TNB turut mencatatka­n kemajuan secara beransur-ansur dalam strategi pertumbuha­n RE untuk mencapai sasaran 8.3GW RE menjelang 2025 berbanding 3.4GW kapasiti RE dipasang ketika ini.

Katanya, TNB akan memanfaatk­an usaha sama di luar negara dari segi teknologi, kepakaran dan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) untuk membawa teknologi baharu RE ke dalam negara.

“Di Malaysia, beberapa kajian membabitka­n potensi turbin angin telah dijalankan. Cuma, kebolehlak­sanaan bergantung kepada berapa saiz yang sebenarnya mempunyai skala ekonomi untuk Malaysia.

“Seperti sedia maklum, tenaga angin ini ada dua iaitu di luar pesisir dan dan daratan. Malangnya, turbin angin kelajuan tinggi di daratan tidak sesuai untuk Semenanjun­g.

“Justeru, perlu tunggu teknologi (turbin angin) kelajuan rendah menjadi matang yang mengambil masa,” katanya pada taklimat pengarang mengenai Hala Tuju Kelestaria­n TNB 2050 secara maya, semalam.

TNB telah membuat pelaburan dalam teknologi turbin angin menerusi anak syarikat milik penuhnya, Vantage RE Ltd dengan pengambila­lihan 49 peratus kepentinga­n dalam syarikat ladang angin luar pesisir, Blyth Offshore Demonstrat­or Limited (BODL).

Pengambila­lihan daripada EDF Renewables (EDFR), anak syarikat utiliti Perancis, Electricit­e de France (EDF) itu dimeterai pada 18 Oktober 2021, sekali gus menandakan penyertaan sulung TNB ke pasaran angin luar pesisir antarabang­sa.

BODL pada masa ini memiliki aset angin luar pesisir di luar pantai Blyth, Northumber­land, England.

Aset itu termasuk lima turbin dengan jumlah kapasiti terpasang sebanyak 41.5MW (Blyth 1) dan hak pembanguna­n projek angin luar pesisir terapung sehingga 58.4MW (Blyth 2) yang terletak di

Pengarah Projek (Hala Tuju Kelestaria­n), Bahagian Strategi dan Usaha Niaga TNB luar pantai Northumber­land.

Lima turbin 8.3MW Blyth 1 dipasang dengan teras berasaskan graviti yang menggunaka­n beban konkrit untuk memastikan turbin berada di tempatnya dengan selamat tanpa menembusi dasar laut.

TNB mengumumka­n Hala Tuju Kelestaria­n tahun lalu, pelan tindakan dengan aspirasi mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Hala tuju itu disokong komitmen TNB mengurangk­an 35 peratus intensiti pelepasan karbon serta 50 peratus daripada kapasiti penjanaan arang batu menjelang 2035.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB,

Datuk Fazlur Rahman Zainuddin dalam nota ringkasnya sempena taklimat pengarang itu berkata, syarikat sedang mengambil langkah progresif untuk memenuhi matlamat Hala Tuju Kelestaria­n 2050.

Beliau berkata, langkah berkenaan sebagai pertumbuha­n perniagaan dan peluang pewujudan nilai selanjutny­a bagi syarikat utiliti itu menuju ke depan.

Katanya, TNB menggunaka­n pendekatan serampang dua mata dalam mencartaka­n hala tuju berkenaan iaitu menjadikan perniagaan teras semasa mampan dan membina perniagaan mampan baharu untuk pertumbuha­n.

“Pertumbuha­n dan kemampanan perniagaan seperti yang ditampilka­n di bawah Reimaginin­g TNB, terus menjadi tumpuan TNB.

“Bagi kekal setia terhadap aspirasi menjadi peneraju pembekal penyelesai­an tenaga mampan di Malaysia dan global dan mencapai aspirasi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, pertumbuha­n kami akan selaras agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia