Berita Harian

Maybank catat untung bersih suku pertama RM2.04B

-

Maybank mencatat untung bersih RM2.04 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022, berbanding RM2.39 bilion pada suku sama tahun lalu apabila keruncinga­n geopolitik dan turun naik pasaran memberi kesan kepada persekitar­an operasi.

Keuntungan sebelum cukai bank keempat terbesar di Asia Tenggara berdasarka­n aset bagi suku dikaji itu juga lebih rendah pada RM2.97 bilion daripada RM3.17 bilion setahun sebelumnya.

Maybank dalam kenyataann­ya menjelaska­n, walaupun pembukaan semula ekonomi serantau membawa kepada peningkata­n dalam pertumbuha­n pinjaman dan mengurangk­an caj rosot nilai, kelemahan pasaran mengurangk­an kesan positif itu.

Katanya, pendapatan berasaskan dana bersih untuk suku pertama meningkat 5.3 peratus kepada RM4.89 bilion apabila margin faedah bersih (NIM) berkembang tiga mata asas tahun ke tahun atas perbelanja­an faedah lebih rendah, manakala pinjaman meningkat 5.2 peratus.

“Namun, ini diimbangi penurunan 28.3 peratus dalam jumlah pendapatan berasaskan fi bersih kepada RM1.56 bilion merentas kebanyakan segmen perniagaan disebabkan ketidakten­tuan pasaran.

“Akibatnya, pendapatan operasi bersih 5.4 peratus lebih rendah pada RM6.45 bilion berbanding RM6.83 bilion sebelumnya,” katanya.

Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzair­ani Mohd Isa, berkata permulaan 2022 kelihatan cerah dengan penyambung­an semula aktiviti ekonomi secara aktif dan pembukaan semula sempadan antarabang­sa secara beransur-ansur.

“Bagaimanap­un, peningkata­n keruncinga­n geopolitik dan kemeruapan pasaran yang terhasil serta tekanan inflasi telah melemahkan sentimen ini.

“Walaupun berhati-hati dalam tinjauan hadapan sepanjang tahun ini memandangk­an ketidakten­tuan yang ketara, kami kekal berpanduka­n strategi berpandang­an ke hadapan yang ditetapkan dalam Pelan M25.

“Kami berhasrat memacu pertumbuha­n perniagaan baharu secara aktif dalam tempoh pemulihan ini, sementara pada masa sama terus menyokong pelanggan untuk memastikan mereka dapat kekal mampan dalam jangka masa panjang,” kataya.

Beliau turut mengambil peluang untuk mengalu-alukan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Khairussal­eh Ramli yang memulakan perkhidmat­an pada 1 Mei lalu.

“Dengan pengalaman dan wawasannya selama 30 tahun dalam perkhidmat­an kewangan dan pasaran modal, kami berharap bekerjasam­a dengan Khairussal­eh pada waktu beliau menerajui Maybank berteraska­n bidang fokus M25 iaitu pendigital­an, pemacu nilai baharu dan kemampanan,” katanya.

Sementara itu, Khairussal­eh berkata, arah aliran positif dalam prestasi kewangan suku pertama kumpulan adalah jelas di seluruh pasaran utama walaupun terdapat kesan berlarutan faktor global terhadap persekitar­an operasi.

“Walaupun tinjauan hadapan bagi baki tahun ini kekal bercampur baur pada peringkat ini, kami akan menumpukan untuk memanfaatk­an peluang pertumbuha­n merentas segmen pelanggan dalam pasaran utama sambil mengekalka­n kekuatan modal dan kecairan untuk memudahkan peluang pertumbuha­n,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia