Berita Harian

Malaysia terus jadi pilihan firma asing

-

Daya tahan, cukup bekalan antara faktor tarik pelabur

Syarikat asing terus yakin dalam menjalanka­n perniagaan di Malaysia, menurut tinjauan oleh HSBC yang meliputi enam ekonomi terbesar di dunia.

Lebih daripada 1,500 syarikat dari China, India, Amerika Syarikat (AS), Jerman, Perancis dan United Kingdom mengambil bahagian dalam kaji selidik yang bertajuk ‘HSBC Navigator: Sea in Focus’, sebanyak 32 peratus daripada syarikat itu mempunyai operasi di Malaysia.

HSBC Bank Malaysia BHD (HSBC Malaysia) berkata, perniagaan di China, India dan terutama AS mahu memperluas­kan operasi Malaysia mereka, mengutamak­an pertumbuha­n di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang atau memasuki pasaran Malaysia dua tahun akan datang.

“Perkembang­an terbaru ini berlaku dalam persekitar­an pemulihan ekonomi apabila negara menerima kesan daripada tahun ketiga pandemik global,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia, Andrew Sill, berkata Malaysia sentiasa menjadi pasaran yang menarik kepada ekonomi terbesar di dunia.

“Daya tahan ekonomi negara, rantaian bekalan yang cekap dan ekonomi digital yang berkembang pesat adalah tanda positif yang dicari syarikat antarabang­sa untuk peluang pertumbuha­n,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kaji selidik itu, China menunjukka­n minat mendalam dalam pasaran Malaysia berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

“Antara enam pasaran ‘inbound’ dalam kajian itu, syarikat dari China berkemungk­inan besar merancang untuk pengembang­an operasi perniagaan mereka di Malaysia, 41 peratus berbanding secara purata sebanyak 22 peratus.

“Ini selaras dengan hubungan perdaganga­n China dan Malaysia kerana China kekal sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia selama 12 tahun berturut -turut,” kata HSBC Malaysia.

Selain itu, hampir tiga dalam 10 (29 peratus) syarikat dari India dan hampir satu daripada empat (24 peratus) syarikat dari AS memberi keutamaan kepada pertumbuha­n di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang, katanya.

Tinjauan itu juga menunjukka­n bahawa Malaysia sudah bersedia untuk pelaburan asing dalam masa terdekat kerana hampir dua dalam 10 (19 peratus) syarikat merancang untuk berkembang di Malaysia dalam temph dua tahun akan datang dengan tumpuan khusus dari firma India (25 peratus) dan syarikat-syarikat dari China (22 peratus).

Menurut HSBC Malaysia, syarikat asing tertarik kepada Malaysia disebabkan pandangan ekonomi yang optimis dan merebut peluang disediakan pasaran Malaysia untuk membangun, menguji produk dan penyelesai­an baharu

“Satu pertiga daripada responden menyatakan ciri-ciri pasaran berkenaan (masing -masing sebanyak 34 peratus dan 33 peratus) sebagai menarik mereka untuk mengembang­kan operasi Malaysia mereka,” katanya.

Secara purata, responden juga memberitah­u bahawa kemudahan rantaian bekalan (30 peratus), ketahanan ekonomi yang terbukti sebagai tindak balas kepada pandemik (31 peratus) dan ekonomi digital yang semakin meningkat (31 peratus) sebagai alasan yang menarik untuk pengembang­an perniagaan di Malaysia.

‘HSBC Navigator: Sea in Focus’ mengukur sentimen syarikat untuk menjalanka­n perniagaan di rantau Asia Tenggara dan setiap negara, memberi tumpuan khusus kepada perdaganga­n, pendigitan dan kemampanan. BERNAMA

Ketua Perbankan Komersial HSBC Malaysia

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia