Berita Harian

Sektor borong, runcit paling yakin prospek perniagaan

-

Peniaga kekal positif terhadap prospek perniagaan bagi suku kedua 2022, namun pada kadar perlahan dengan petunjuk keyakinan dicatatkan 3.5 peratus berbanding 7.6 peratus pada suku sebelumnya.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata meskipun sempadan antarabang­sa Malaysia dibuka semula yang dijangka merangsang aktiviti ekonomi, peniaga kekal berhatihat­i terhadap prospek di tengah tekanan inf lasi, isu rantaian bekalan dan kekurangan tenaga kerja.

“Semua sektor kecuali pembinaan menjangkak­an keadaan perniagaan lebih baik pada suku tahun kedua 2022.

“Perdaganga­n borong dan runcit adalah sektor paling optimistik terhadap prospek perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan berhubung Statistik Kecenderun­gan Perniagaan bagi Suku Tahun Kedua 2022, semalam.

Mohd Uzir berkata, petunjuk keyakinan bagi perdaganga­n borong dan runcit meningkat untuk tiga suku tahun berturut-turut dengan 15.5 peratus pada suku kedua 2022 daripada empat peratus pada suku sebelum.

Beliau berkata, sentimen yang lebih cerah dalam subsektor perdaganga­n borong dan perdaganga­n runcit menyumbang kepada peningkata­n ini.

Sementara itu, katanya, sektor perkhidmat­an meramalkan keadaan perniagaan bertambah baik pada kadar sederhana dengan petunjuk keyakinan 5.6 peratus berbanding 11.1 peratus pada suku tahun lalu.

“Pada masa sama, sektor industri menjangkak­an prestasi perniagaan berkembang pada kadar lebih perlahan pada suku tahun 2022 sebanyak 0.8 peratus.

“Subsektor pertanian dan perlombong­an khususnya menjangkak­an keadaan perniagaan tidak menggalakk­an pada suku tahun rujukan.

“Sebaliknya, petunjuk keyakinan bagi sektor pembinaan mencatatka­n negatif lebih baik pada suku tahun kedua 2022 dengan -23.2 peratus berbanding -40.4 peratus pada suku pertama 2022,” katanya.

Dalam pada itu, 45.2 peratus responden meramalkan hasil kasar mereka meningkat pada suku kedua 2022, manakala 19 peratus menjangkak­an penurunan yang seterusnya mendorong kepada imbangan bersih 26.2 peratus.

Pada masa sama, 35.8 peratus responden menjangkak­an hasil kasar mereka tidak berubah.

Pada suku tahun yang sama, 72.2 peratus peniaga menjangkak­an tenaga kerja kekal sama walaupun imbangan bersih 10.8 peratus.

Sejajar dengan itu, 19.3 peratus peniaga berhasrat mengambil lebih ramai tenaga kerja, manakala 8.5 peratus merancang untuk mengurangk­an tenaga kerja pada suku kedua 2022.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia