Berita Harian

Sunway Property Pals+ tawar ganjaran istimewa

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Pembeli, penyewa raih manfaat babit tiga komponen hazwanfais­al@bh.com.my

Sunway Property melancarka­n program Sunway Property Pals+ yang menawarkan ganjaran dan keistimewa­an untuk pembeli dan penyewa untuk semua projek hartanahny­a.

Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Bahagian Pembanguna­n Hartanahny­a, Gerard Yuen, berkata program keistimewa­an itu merangkumi tiga komponen iaitu Rent+, Care+ and Reward+.

Katanya, untuk Rent+, 25 peratus daripada sewaan bulanan yang dibayar oleh penyewa yang menetap di pembanguna­n Sunway Property akan ditukar kepada kredit sewa.

“Kredit sewa ini boleh dikumpul dalam tempoh dua sehingga lima tahun melalui program Sunway Property Rent+ yang kemudian boleh ditebus sebagai sebahagian daripada bayaran untuk membeli hartanah Sunway Property.

“Program ini akan bermula di seluruh negara mulai 1 Jun 2022 dan juga akan memanfaatk­an kedua-dua

Yuen pada majlis pelancaran Sunway Property Pals+ di Kuala Lumpur, semalam.

pemilik dan pemilik sekunder dengan menjadikan unit mereka lebih mudah disewakan,” katanya pada majlis pelancaran Sunway Property Pals+ di Kuala Lumpur, semalam.

Yuen berkata, bagi Care+, ia adalah perkhidmat­an pembersiha­n rumah yang boleh ditempah oleh penduduk melalui panggilan atau Whatsapp ke talian perkhidmat­an Sunway Property Care+.

“Pekerja pembersiha­n ini dilatih secara profesiona­l oleh hotel lima bintang Sunway. Perkhidmat­an pembersiha­n akan menggunaka­n bahan pembasmi kuman yang dibekalkan oleh Sunway Pharmac, manakala produk pembersiha­n adalah daripada sumber yang mampan dan hijau untuk memastikan kesihatan dan kesejahter­aan penghuni.

“Buat masa ini, perkhidmat­an pembersiha­n ini hanya ditawarkan di pembanguna­n Sunway Property terpilih termasuk Sunway Bayrocks, Sunway Geosense, Sunway GEOLAKE, Sunway Nautica, dan Sunway Lacosta pada kadar kompetitif RM 100 untuk dua jam atau RM 140 selama tiga jam untuk dua orang pekerja.

“Kami juga menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk tiga bulan pertama bermula 1 Jun ini,” katanya.

Beliau menambah, Sunway Property Reward+ yang baharu dipertingk­atkan menawarkan ganjaran gaya hidup dengan memanfaatk­an ekosistem unik Sunway termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, runcit, riadah dan hospitalit­i.

 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ??
(Foto Azhar Ramli/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia