Berita Harian

HINO, TMS jalin kerjasama buka pusat penyelengg­araan bas

-

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HINO) dengan kerjasama Terus Maju Services Sdn Bhd (TMS) melancarka­n cawangan servis baharu dikenali HASO (Pusat Servis Diluluskan Hino), pusat penyelengg­araan khusus untuk bas.

Pengarah Urusan HINO, Atsushi Uchiyama, berkata perjanjian perkongsia­n itu akan mengembang­kan lagi keupayaan perniagaan kedua-dua syarikat di mana HINO boleh mengembang­kan rangkaian perkhidmat­an pengedarny­a, manakala TMS pula dapat melengkapk­an juruteknik dengan kemahiran profesiona­l pada piawaian HINO.

“Disasarkan untuk meningkatk­an mutu perkhidmat­an selepas jualan untuk pelanggan bas, HINO yakin dengan kepakaran TMS dalam perkhidmat­an pembaikan dan penyelengg­araan bas.

“Ia akan meluaskan capaian objektif dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada pelanggan sedia ada dan baharu,” katanya pada sidang media selepas majlis pemeteraia­n perjanjian dan pelancaran HASO di Kajang, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah HINO, Ahmad Yasmin Yahya; Pengarah Urusan TMS, Loo Kok Seong; dan Pengarah Eksekutif TMS, Loo Kiat Keong.

TMS ialah penyedia perkhidmat­an penyelengg­araan bas sehenti yang disokong oleh pasukan teknikal pembuatan bas.

Beroperasi sejak 1990, TMS menyasar untuk mempromosi­kan industri perniagaan Malaysia dengan menyediaka­n pengangkut­an berkualiti terbaik untuk pemilik daripada sektor swasta dan kerajaan.

Mengulas mengenai HASO,

Uchiyama berkata, syarikat itu tidak menumpukan kepada jualan produk dalam industri kenderaan komersial semata-mata, malah turut fokus kepada perkhidmat­an selepas jualan.

“Kami menyasar untuk menjadi syarikat kenderaan komersial paling mengutamak­an pelanggan dan boleh dipercayai,” katanya.

Selain HASO yang dikendalik­an TMS, HINO turut memiliki dua lagi pusat sama yang beroperasi di Pulau Indah, Selangor dan Muadzam Shah, Pahang.

HASO di Kajang merangkumi struktur berkeluasa­n 13,200 meter persegi, dilengkapi tujuh ruang servis dan dua bahagian cat badan.

Ia mampu mengendali­kan 14 kenderaan pada satu-satu masa, selain memiliki ruang rehat untuk pelanggan sementara menunggu bas diselengga­ra.

Uchiyama (tiga dari kanan) bersama Loo (tiga dari kiri) pada majlis pemeteraia­n perjanjian dan pelancaran HASO di Kajang, semalam.

 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ??
(Foto Azhar Ramli/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia