Berita Harian

FBM KLCI naik 2.17 mata

-

Dagangan berakhir lebih tinggi dipacu kegiatan belian, jualan

Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis lebih tinggi, menyaksika­n kegiatan belian dan jualan yang berselang seli bagi saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh produk dan perkhidmat­an pengguna serta kaunter telekomuni­kasi dan perkhidmat­an dalam sentimen pasaran serantau yang positif.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.17 mata atau 0.14 peratus kepada 1,537.73 daripada 1,535.56 penutupan urus niaga Rabu.

Indeks penanda aras yang dibuka 4.16 mata lebih tinggi pada 1,539.72 pagi ini, berlegar antara 1,535.90 dan 1,541.75 di sepanjang sesi.

Bagaimanap­un, di pasaran yang lebih luas menyaksika­n kaunter rugi mengatasi kaunter untung 508 berbalas 341, manakala 331 kaunter tidak berubah, 1,133 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.58 bilion unit dicatatkan yang bernilai RM870.81 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd menerusi nota penyelidik­an, pihaknya berpendapa­t prestasi pasaran serantau akan terjejas oleh limpahan ketidakten­tuan daripada Wall Street, justeru ia mengunjurk­an penanda aras FBM KLCI akan berada dalam aliran sempit antara 1,530 dan 1,540 hari ini.

“Ekuiti Amerika Syarikat (AS) ditutup tinggi secara amnya malam tadi di tengah-tengah beberapa aktiviti memburu saham berharga murah walaupun terdapat tanda-tanda bahawa Rizab Persekutua­n AS akan menaikkan lagi kadar.

“Purata Perindustr­ian Dow Jones memperoleh 192 mata manakala Nasdaq berakhir 170 mata lebih tinggi kerana hasil 10 tahun

AS kekal pada 2.75 peratus,” katanya.

Di pasaran domestik, saham wajaran tinggi Bursa Maybank menokok 1.0 sen kepada RM8.97, Public Bank naik 4.0 sen kepada RM4.59 dan IHH Healthcare meningkat 3.0 sen menjadi RM6.46 manakala Petronas Chemicals susut 7.0 sen kepada RM9.86 dan TNB lemah 1.0 sen kepada RM9.18.

Dalam kalangan saham aktif, Serba Dinamik dan MNC Wireless memperoleh setengah sen setiap satu masing-masing kepada 10.5 sen dan 2.0 sen, Cypark Resource naik 2.0 sen kepada 40 sen manakala Focus Dynamics tidak berubah pada 3.0 sen.

Di papan indeks, FBM ACE menokok 20.89 mata kepada 5,211.81, Indeks FBM Emas Syariah turun 6.25 mata menjadi 11,326.67, Indeks FBM Emas meningkat 9.26 mata kepada 10,958.71, Indeks FBMT 100 menambah 17.57 mata kepada 10,650.72 dan FBM 70 peroleh 31.85 mata kepada 13,051.43.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 0.08 mata pada 197.38 dan Indeks Perladanga­n susut 80.82 mata kepada 7,987.42 manakala Indeks Perkhidmat­an Kewangan menambah 48.39 mata kepada 16,544.12.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia