Berita Harian

Tentera Putin serang lebih 40 bandar di Donbas

-

Krisis Russia-ukraine

Laluan terakhir penduduk keluar dari kawasan diceroboh mungkin ditutup

Kyiv: Tentera Russia menyerang lebih 40 bandar di wilayah Donbas, timur Ukraine dan mengancam menutup laluan terakhir untuk orang awam yang terperangk­ap keluar dari kawasan penceroboh­an yang memasuki bulan keempat.

Selepas gagal menawan ibu negara Ukraine, Kyiv atau bandar kedua Kharkiv, Russia kini cuba mengawal Donbas sepenuhnya merangkumi dua wilayah timur yang dituntut Moscow bagi pihak kumpulan pemisah.

Russia mengerah ribuan tentera ke wilayah berkenaan dan menyerang dari tiga arah dalam cubaan mengepung tentera Ukraine yang bertahan di bandar Sievierodo­netsk dan Lysychansk.

Jika tentera Ukraine di dua kawasan itu berjaya ditumpaska­n, seluruh Lugansk akan berada di bawah kawalan Russia.

Pasukan Petugas Bersama angkatan tentera Ukraine berkata, Russia mengebom lebih 40 bandar di Donetsk dan Lugansk, memusnah atau merosakkan 47

Penduduk mengosongk­an bandar Bakhmut yang dikuasai tentera Russia setelah hampir 3 bulan menceroboh Ukraine.

kawasan awam, termasuk 38 kediaman dan sebuah sekolah.

Menurut kenyataan itu, 10 serangan musuh berjaya diatasi, empat kereta kebal dan empat dron dimusnahka­n serta 62 tentera musuh dibunuh.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata jumlah tentera Russia melebihi tentera Ukraine dengan amat banyak di beberapa kawasan di timur negara itu.

Ketika Moscow cuba mengukuhka­n cengkaman di kawasan yang sudah ditawan, Presiden Russia, Vladimir Putin menandatan­gani satu perintah yang memudahkan penduduk kawasan yang ditawan untuk mendapatka­n kewarganeg­araan dan pasport Russia.

Kelmarin, Parlimen Russia turut memansuhka­n had usia untuk perkhidmat­an kontrak dalam angkatan tenteranya yang menggambar­kan keperluan untuk menggantik­an anggota terkorban.

Zelensky menyifatka­n langkah Parlimen Russia menunjukka­n negara itu sudah tidak memiliki tentera mencukupi, namun masih memiliki semangat untuk bertempur dan mengambil tempoh untuk menghancur­kan semangat itu.

Sebelum ini, Zelensky memaklumka­n konflik itu hanya boleh berakhir menerusi rundingan secara terus antaranya dengan Putin. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia