Berita Harian

Zelensky dakwa Barat tak bersungguh bantu Kyiv

-

Kyiv: Pertempura­n sengit berlaku di timur Ukraine kelmarin dengan tentera Russia hampir mengepung bandar perindustr­ian utama ketika Presiden Volodymyr Zelensky menegur Barat kerana tidak cukup membantu Kyiv untuk memenangi perang.

Gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday, menyifatka­n pertempura­n di luar bandar perindustr­ian Severodone­tsk iaitu matlamat ketenteraa­n utama bagi Russia sebagai ‘sangat sukar’ dengan mengatakan tentera negara itu membedil bandar berkenaan dari pinggir dengan mortar.

“Minggu yang akan datang menjadi penentu. Terdapat sejumlah besar tembakan,” kata Gaiday dalam video yang disiarkan di Telegram sambil menambah dia percaya matlamat Russia adalah menawan wilayah Lugansk tidak kira apa kosnya.

Terdahulu, ketika berucap pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Kementeria­n Luar Ukraine, Dmytro Kuleba membanding­kan pertempura­n untuk Donbass dengan pertempura­n diperjuang­kan dalam Perang Dunia Kedua dengan berkata, negaranya teruk dan memerlukan beberapa sistem roket pelancar untuk menyamai kuasai tembakan Russia.

Zelensky turut mengulangi rayuan itu dengan berkata pihaknya memerlukan bantuan daripada rakan kongsi.

“Kami perlu bantuan rakan kongsi, terutama sekali senjata untuk Ukraine. Bantuan penuh, tanpa pengecuali­an dan had, cukup untuk menang,” kata Zelensky dalam ucapan hariannya kepada negara itu.

Beliau juga menyelar masyarakat antarabang­sa kerana memberi terlalu banyak perhatian kepada kepentinga­n Russia dan terlalu sedikit kepada Ukraine.

Presiden Ukraine itu mengecam editorial New York Times baru-baru ini dan kenyataan lain yang serupa oleh tokoh Barat berpengaru­h yang mencadangk­an Ukraine mungkin perlu mengorbank­an beberapa wilayah untuk menamatkan konflik.

“Kita perlu melakukan segalanya dalam kuasa kita supaya kepentinga­n Ukraine tidak dikalahkan oleh kepentinga­n mereka yang tergesa-gesa untuk bertemu lagi dengan diktator,” kata Zelensky. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia