Berita Harian

Lebih 200 kes jangkitan dikesan seluruh dunia

-

Cacar monyet

Wabak dilapor dalam kalangan lelaki muda, dikait hubungan seks sesama jenis

Stockholm: Jumlah jangkitan cacar monyet di seluruh dunia meningkat kepada 219 kes di negara yang mengkatego­rikannya sebagai endemik, menurut kemas kini agensi wabak Kesatuan Eropah (EU).

Lebih 12 negara yang jarang merekodkan kes cacar monyet dengan kebanyakan­nya di Eropah, melaporkan mengesan sekurang-kurangnya satu kes itu, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam nota epidemiolo­gi yang diterbitka­n kelmarin.

“Ini adalah kali pertama rantaian jangkitan dilaporkan di Eropah tanpa hubungan epidemiolo­gi yang diketahui dengan Barat atau Afrika Tengah, yang mana penyakit ini adalah endemik,” katanya.

Menurut nota epidemiolo­gi itu, kebanyakan kes dikesan ketika ini terdiri dalam kalangan lelaki muda, khususnya yang menjalin hubungan seks sesama jenis.

United Kingdom yang jarang merekodkan kes cacar monyet mula mengesan wabak itu awal bulan ini dan kini mencatat jumlah jangkitan terbesar dengan 71 kes, disusuli Sepanyol (59) dan Portugal (37).

Di luar Eropah, Kanada me

Seorang kanak-kanak yang dijangkiti cacar monyet dirawat di Zomea Kaka, Afrika Tengah.

rekodkan 15 kes serta sembilan kes di Amerika Syarikat (AS), dengan jumlah kes keseluruha­n setakat kelmarin meningkat lima kali ganda sejak mula dikira pada 20 Mei lalu yang hanya mencatat 38 kes.

Awal minggu ini, ECDC memaklumka­n risiko jangkitan wabak itu amat rendah, namun memberi amaran individu yang menjalin hubungan seks dengan ramai pasangan tanpa mengira orientasi seksual adalah lebih berisiko.

Cacar monyet, wabak yang kurang serius berbanding cacar (small pox) dikategori­kan sebagai endemik di 11 negara di Barat dan Afrika Tengah.

Sementara itu, di Madrid, Sepanyol akan membeli vaksin cacar monyet Imvanex keluaran syarikat Denmark, Bavarian Nordic, ketika jumlah jangkitan wabak di negara itu meningkat kepada 59 kes.

Menteri Kesihatann­ya, Carolina Darias, mengumumka­n perkara itu dalam satu sidang media, namun tidak memperinci­kan jumlah dos yang diperlukan.

“Kami akan agihkan vaksin itu mengikut jumlah keperluan bagi setiap 17 wilayah di Sepanyol,” katanya.

Kebanyakan jangkitan dikesan di seluruh dunia setakat ini tidak serius dan kes dilaporkan berlaku dalam kalangan lelaki yang menjalin hubungan seks sesama jenis dengan gejala, termasuk demam dan ruam yang timbul. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia