Berita Harian

Imran Khan ketuai tunjuk perasaan desak pilihan raya segera

-

Imran Khan menyertai perarakan besar-besaran di Pakistan.

Tekanan makin meningkat terhadap gabungan baharu kerajaan

Islamabad: Bekas Perdana Menteri Pakistan yang disingkirk­an, Imran Khan, memberi amaran supaya kerajaan segera mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) jika tidak mahu lagi menghadapi tunjuk perasaan besar-besaran.

Beliau memberi kata dua itu di Islamabad semalam, bersama ribuan penyokongn­ya selepas menghadiri perarakan besar-besaran yang cuba disekat kerajaan Pakistan.

Ucapannya pagi semalam itu dibuat 24 jam selepas ibu negara Pakistan disekat dan berlaku pertempura­n antara polis serta penunjuk perasaan, yang menuntut PRU diadakan segera.

Sejak disingkirk­an menerusi undi tidak percaya bulan lalu, bintang kriket yang menjadi ahli politik itu meningkatk­an tekanan terhadap gabungan baharu kerajaan yang rapuh dengan mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran dan mendakwa beliau disingkirk­an kerana ‘konspirasi asing’.

Dalam pertembung­an utama dengan pesaingnya, Imran menggesa penyokong parti Tehreek-e-insaf Pakistan (PTI) berkonvoi ke Islamabad dan terus membantah sehingga PRU baharu diumumkan.

“Saya ingin mengingatk­an anda semua apa yang kita lakukan adalah jihad, bukan politik. Ini pergelutan kita untuk mencapai kebebasan sebenar,” katanya dalam satu mesej video.

Imran menyertai tunjuk perasaan itu secara dramatik dengan tiba menaiki helikopter dan mendarat di atas jalan raya yang dipenuhi penyokongn­ya di luar bandar Mardan, kira-kira 100 kilometer di barat laut Islamabad.

Konvoi disertai sekitar 25,000 penyokong, bermula di wilayah Khyber Pakhtunkhw­a, dan bergerak di atas jalan raya sebelum tiba ke Islamabad sekitar tengah malam kelmarin.

Kerajaan Pakistan pimpinan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, berikrar untuk menghalang penunjuk perasaan daripada memasuki ibu negara itu dan menyifatka­nnya sebagai cubaan ‘memecah belah negara dan mencetus huru-hara’.

Namun, ketika perbicaraa­n kecemasan Mahkamah Agung semalam, hakim memberi kebenaran untuk tunjuk perasaan diadakan di pinggir bandar itu, tetapi Imran menegaskan akan tetap bergerak menuju ke tengah bandar seperti dirancang.

Susulan itu, polis melonggark­an beberapa sekatan jalan raya menuju ke Islamabad, yang dilaksanak­an menggunaka­n kontena kapal di beberapa laluan masuk dan keluar utama.

“Kami mengundiny­a dan kuasa asing mengguling­kan beliau daripada kuasa. Kami tidak akan benarkan ketidakadi­lan ini berterusan,” kata Afzal Ali, 29, selepas menyertai konvoi itu.

AGENSI

 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia