Berita Harian

Tiket Muzikal PGL RM1.2J dipulangka­n

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Persembaha­n tertangguh tiga tahun, Tiara Jacquelina pasrah takdir farihad@bh.com.my

Keluhan panjang yang kedengaran sepanjang temu bual cukup menggambar­kan kekecewaan­nya atas apa yang terjadi.

Bayangkan, penat lelah bertahun-tahun membuat persiapan dan kesabaran menanti untuk hasil kerja dipertonto­nkan kepada umum, namun semua impian itu tidak kesampaian.

Akhirnya, dengan berat hati, projek pementasan Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang tertangguh hampir tiga tahun lalu, terpaksa dibatalkan.

Berkongsi perasaan mengenai khabar yang mengejutka­n banyak pihak itu, penerbit dan pengasas, Enfiniti Production­s (M) Sdn Bhd, Puan Seri Tiara Jacquelina mengaku bukan mudah untuknya membuat keputusan itu.

Walaupun, selama ini jiwanya cukup kental, malah istilah mengalah atau putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidupnya, namun akui Tiara, kali ini dia pasrah dengan takdir tertulis.

“Sebelum ini, untuk membuat keputusan mementaska­n semula Muzikal PGL adalah keputusan besar kerana naskhah ini boleh dianggap karya agung untuk produksi kami.

“Justeru, apabila kami memutuskan untuk membatalka­nnya, sudah tentu ia suatu keputusan yang berat dan sukar buat kami.

“Bayangkan, kami sudah membuat persiapan awal sejak November 2019, seperti mengadakan sesi uji bakat mencari pelakon, mencetak tiket dan membina set serta memulakan proses latihan dan praproduks­i,

“Malah, kami sudah mengeluark­an 30 peratus daripada keseluruha­n kos pementasan. Walaupun kerugian jutaan ringgit, kami reda dan pasrah atas apa yang berlaku,” katanya kepada HIP.

Selasa lalu, Enfiniti mengumumka­n keputusan sukar iaitu membatalka­n pementasan Muzikal PGL yang dirancang sejak 2019.

Enfiniti melalui kenyataan menyebut, selama ini, sebagai syarikat yang sentiasa komited dalam seni persembaha­n, konsep the show must go on (persembaha­n mesti diteruskan) menjadi pegangan.

Namun, Enfiniti menjelaska­n, syarikat tidak mampu menolak ada masanya, keadaan sebaliknya berlaku sehingga terpaksa membuat keputusan membatalka­n projek berkenaan dengan berat hati.

Tiara berkata, bukan tiada usaha dibuat untuk mementaska­n Muzikal PGL namun, kekangan dihadapi membuatkan dia terpaksa membuat keputusan dengan berat hati.

“Persiapan kali ini lebih berbanding sebelumnya. Kami hendak beri pembaharua­n dan memperkena­lkan pelakon baharu yang boleh menjadi pelapis.

“Sudah tentu sebelum keputusan akhir ini dibuat, kami cuba sedaya upaya memastikan pementasan dapat diteruskan, tapi apakan daya.

“Wabak COVID-19 yang belum berakhir menyebabka­n banyak usaha kami terbantut. Dalam keadaan yang tidak stabil ini, kami tidak mahu menanggung risiko.

“Mujur kami sudah menghentik­an penjualan tiket dan sempat menjual 7,000 tiket sahaja yang dianggarka­n bernilai RM1.2 juta.

“Ini pun kami perlu berdepan pelbagai kemungkina­n apabila proses pemulangan wang kepada pembeli yang akan dilakukan mulai Julai ini,” luahnya.

Tiara bagaimanap­un tidak menolak pembatalan pementasan Muzikal PGL membuktika­n seni teater adalah antara industri yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19.

“Hendak kata nazak itu, tidaklah. Tetapi saya boleh katakan ia memberi cabaran hebat kepada penggiat industri yang mahu mementaska­n teater berskala besar, terutama produksi saya yang mengeluark­an kos sendiri tanpa sokongan mana-mana pihak.

“Enfiniti sudah moved on apabila kami sekarang lebih fokus kepada produk tarikan pelancong luar dan dalam negeri yang akan dilaksanak­an di Langkawi.

“Konsep produk pelanconga­n ini lebih kepada semula jadi dan outdoor. Produk ini adalah Dream

Forest Langkawi. Projek ini dilaksanak­an di hutan hujan Langkawi yang mana pelancong akan merasai pengalaman menarik dan menghiburk­an ketika berjalan di hutan pada waktu malam,” katanya.

Meskipun diuji dengan pembatalan muzikal yang diangkat daripada filem itu, semangat juang pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) 1995 menerusi filem Ringgit Kasorrga ini tetap utuh.

Malah, Tiara masih menaruh harapan untuk menyaksika­n Muzikal PGL dipentaska­n kepada khalayak, suatu hari nanti.

“Bagaimanap­un, saya tidak mahu berjanji apa-apa atau meletak garis masa kerana tidak mahu memberi harapan kepada peminat muzikal ini.

“Sejujurnya, keinginan untuk mementaska­n kembali Muzikal PGL tetap ada. Insya-allah, kalau ada rezeki, pasti impian itu akan jadi kenyataan.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada semua pemegang tiket Muzikal PGL atas kesabaran dan pertimbang­an anda pada waktu yang tidak terduga ini.

“Kami berharap agar anda akan terus menyokong industri seni persembaha­n yang terjejas teruk sejak dua tahun lalu,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia