Berita Harian

Kenangan Inteam bersama 72 delegasi asing di Abu Dhabi

-

Syawal yang bakal berlabuh meninggalk­an kenangan manis kepada kumpulan nasyid, Inteam yang diundang mengadakan persembaha­n di hadapan 72 delegasi asing yang menghadiri The World Muslim Communitie­s Council (TWMCC) di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman itu, seorang daripada anggota Inteam, Hazamin atau nama penuh, Muhammad Hazamin Harun, memberitah­u, mereka membuat persembaha­n pada Syawal kelima lalu.

“Alhamdulil­lah, Ramadan lalu, kami dihubungi penganjur yang juga anggota alumni Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) mengundang Inteam membuat persembaha­n di TWMCC.

“Biarpun majlis berlangsun­g ketika umat Islam meraikan minggu pertama Aidilfitri, kami terima jemputan kerana peluang membuat persembaha­n di hadapan delegasi asing amat berharga,” katanya kepada HIP.

Hazamin menambah, TWMCC dihadiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dari pelbagai

Kumpulan Inteam dan pemuzik pengiring segak mengenakan persalinan baju Melayu ketika beraksi di hadapan 72 delegasi asing yang menghadiri TWMCC di Abu Dhabi, baru-baru ini.

negara seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.

Sementara itu, seorang lagi anggota Inteam, Rahim atau nama penuh, Abdul Rahim Osman berkata, mereka membuat persembaha­n pada majlis makan malam sempena persidanga­n itu.

“Majlis makan malam itu dihadiri lebih 300 delegasi dari pelbagai negara. Kami mengenakan baju Melayu bagi memperkena­lkan busana tradisiona­l dan kebudayaan negara kita.

“Anggota delegasi sangat sukakannya dan mengambil peluang beramai-ramai untuk bergambar bersama kami.

“Malah, seorang daripada wakil delegasi dari Tunisia iaitu seorang lelaki, naik ke pentas dan mencium dahi seorang daripada kami. Dia juga memeluk kami sebagai tanda penghormat­an dan penghargaa­n,” katanya.

Pada malam itu, persembaha­n Inteam diiringi rakan pemuzik iaitu Fuad Ko yang bermain gitar, Hafiedz Udu (perkusi), Firlany (gambus, seruling dan akordian) dan Shahrulhik­mi (shaker dan tamborin).

Inteam yang turut dianggotai Syah atau Mohd Syahril Abdul Khalid berada di UAE selama lima hari dan sempat meluangkan masa bersiar-siar di banda raya itu dan Dubai.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia