Berita Harian

Mourinho setanding rekod Trapattoni

-

Tirana: Jose Mourinho yang penuh emosi meraikan pencapaian bersejarah­nya apabila bergelar pengurus kedua memenangi lima gelaran utama Eropah selepas Giovanni Trapattoni apabila pasukannya, AS Roma menang Liga Conference Europa semalam.

Mourinho, yang sebelum ini pernah menjulang Liga Juarajuara, Liga Europa dan Piala UEFA, melengkapk­an semua trofi Eropah apabila Roma menewaskan Feyenoord 1-0 hasil jaringan Nicolo Zaniolo di Tirana bagi memastikan dia juga mengumpul Liga Conference dalam koleksinya.

Ia adalah lima final Eropah buat Porto, Inter Milan, Manchester United dan Roma sejak 2003 yang dilatih Mourinho dan lima kali dia membawa pulang trofi berkenaan.

“Perkara hebat mengenai karier saya ialah selain Liga Europa bersama Manchester United, melakukann­ya bersama Porto, Inter dan Roma sangat-sangat istimewa.

“Ia sesuatu yang dimenangi apabila orang menjangkak­an, apabila anda membuat pelaburan terhadapny­a, tetapi ia berbeza untuk menang apabila anda berasakan anda tidak akan kalah, ia rasa sangat istimewa.

“Ini akan menjadi sejarah buat Roma, juga buat saya. Saya diberitahu hanya saya, Sir Alex (Ferguson) dan Giovanni Trapattoni menang trofi dalam tiga dekad berbeza. Ia membuatkan saya rasa agak tua, tapi ia bagus untuk karier saya,” katanya.

Ia menamatkan musim yang baik di ibu kota Itali itu buat Mourinho yang sebelum ini memimpin pasukannya untuk menduduki tempat keenam Serie A.

Pengendali dari Portugal itu tiada perancanga­n untuk mencari cabaran baharu apabila dia sudah bersedia untuk bersama kelab itu musim depan.

“Kini saya akan kekal, tiada keraguan mengenainy­a. Walaupun ada khabar angin, saya hanya mahu kekal di Roma,” kata Mourinho. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia