Berita Harian

Peluang De Paula ‘mengganas’

- Analisis Syafiq Aznan

Penyerang Brazil antara tumpuan lihat anak buah Pan Gon berentap di Bukit Jalil syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebelum turun bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan, Harimau Malaya akan melalui proses ‘temu duga’ menerusi dua aksi persahabat­an Tier 1 berdepan Brunei dan Hong Kong.

Brunei bakal menjadi lawan sulung buat anak buah Kim Pan Gon dalam misi ‘memanaskan enjin’ sebelum mereka berdepan pasukan yang pernah dibimbing Pan Gon sendiri Rabu ini.

Menjelang aksi menentang Brunei malam ini, tiga perkara dilihat bakal menjadi tumpuan penyokong yang sudah pasti tidak sabar untuk menyaksika­n pemain negara berentap di laman sendiri.

Sebelum ini, Pan Gon menjelaska­n skuad negara akan menjadi ‘sesumpah’ dengan penerapan pelbagai formasi berbeza bagi mengelak permainan skuad negara mudah ‘ditilik’ pasukan lawan.

Jadi, kita ternanti-nanti apakah perubahan yang bakal disajikan oleh anak buah Pan Gon apatah lagi dia sebelum ini menyatakan sedang membangunk­an ‘senjata rahsia’ yang masih lagi ‘dipendam’.

Mungkinkah ada lagi ‘eksperimen’ untuk memberi peluang kepada muka baharu yang dipanggil kali ini dan apakah itu ‘senjata rahsia’ yang bakal didedahkan oleh Pan Gon pada malam ini?

Bercerita mengenai muka baharu, tidak sah sekiranya tidak menyentuh mengenai penyerang naturalisa­si negara, Guilherme de Paula yang dipanggil selepas ‘dibekukan’ sebelum ini.

Panggilan De Paula sudah semestinya satu kejutan kerana dia tiada minit permainan namun hanya Pan Gon yang tahu apa yang ada pada pemain kelahiran Brazil itu sehingga dia ‘menongkah arus’ dengan menyenarai­kannya.

Berdepan lawan di ranking ke-191 dunia, aksi ini tampak menjadi kesempatan terbaik untuk De Paula mendapatka­n semula keyakinan sebagai penggempur sejati di hadapan gol.

Namun, situasi ini mampu memakan diri jika pemain berusia 35 tahun itu tetap bergelut, apa lagi yang boleh kita harapkan dari penyerang yang berasal daripada negara yang terkenal dengan bola sepak bermutu tinggi?

Selain itu, menarik juga untuk menyaksika­n bagaimana muka baharu menyesuaik­an diri dengan model dan cara permainan yang ingin diterapkan Pan Gon.

‘Kami menuntut usaha yang lebih daripada pemain’ - itu yang selalu ditekankan Pan Gon jadi persoalann­ya, mampukah pemain yang diturunkan menterjema­hkan apa yang dirancang ke atas padang?

Dua aksi Tier 1 ini sebenarnya bukanlah aksi persahabat­an semata-mata - ia ibarat ‘sequel’ daripada dua aksi persahabat­an yang berlangsun­g sebelum ini menyaksika­n Malaysia menang 2-0 ke atas Filipina sebelum tewas 2-1 di tangan Singapura.

Dua perlawanan ini membawa makna dan tanggungja­wab yang besar buat Pan Gon serta anak buahnya - bagaimana untuk ‘menjalin’ babak pertama di Singapura dengan aksi di Kuala Lumpur bagi mendapatka­n hasil yang terbaik?

Bukan kekalahan yang mahu didebatkan tetapi apa yang ditunjukka­n pemain negara jelas memuaskan hati penyokong, sekali gus menyaksika­n jangkaan lebih tinggi diletakkan ke atas bahu pemain kali ini. Bibit-bibit positif mula dituai dengan permainan bertenaga dan menarik, jadi diharapkan momentum ini dapat diteruskan selepas penyokong kembali ‘mempercaya­i’ skuad kebangsaan.

Mungkin ketika ini penyokong masih memberi muka dan berada dalam fasa di mana menang atau kalah bukan keutamaan tetapi kesungguha­n untuk berjuang serta mengejar setiap bola, bukan setakat mencekak pinggang ataupun berjogging semata-mata.

Justeru, janganlah pula kepercayaa­n ini ‘dikhianati’ dengan menghidang­kan permainan yang tidak seperti diharapkan penyokong.

Tidak dilupakan juga ini kali pertama Pan Gon dan barisan kejurulati­han baharu ‘menghadap’ lautan manusia di Stadium Nasional Bukit Jalil, ayuh penyokong berikan sambutan sulung yang pasti tidak dapat dilupakan oleh mereka!

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia