Berita Harian

Safawi anggap tekanan bukan beban

-

Kuala Lumpur: Beraksi di hadapan penyokong sendiri sememangny­a memberi kelebihan kepada skuad Harimau Malaya namun ‘lautan penyokong’ sebenarnya turut memberi tekanan kepada pemain.

Situasi itu diakui oleh Safawi Rasid, namun pemain sayap kebangsaan berkenaan tidak menganggap tekanan sebagai satu bebanan sebaliknya mengambil ia sebagai satu cabaran untuk ‘menolak’ mereka bagi memberikan aksi yang lebih baik.

“Bermain di laman sendiri sebenarnya lebih memberi tekanan kerana penyokong sudah pasti mahukan keputusan yang positif.

“Tetapi saya dan rakan sepasukann­ya tidak menganggap ia sebagai beban tetapi menganggap ia sebagai satu cabaran dan menggunaka­n kelebihan bermain di tempat sendiri pada pusingan kelayakan nanti,” kata Safawi.

Dalam masa sama, pemain berusia 25 tahun berazam untuk mengulangi aksi cemerlang seperti yang ditunjukka­n pada 2019 sekali gus dapat menyumbang sesuatu buat skuad negara.

“Kalau saya diberi peluang oleh jurulatih, saya akan cuba dapatkan prestasi seperti 2019 kerana kita pun sudah lama tidak beraksi di tempat sendiri untuk aksi antarabang­sa, jadi ini peluang saya dan pasukan melakukan sesuatu buat negara.

“Pemain juga menunjukka­n semangat bersatu padu tidak kira pemain muda yang baru menyertai pasukan, pemain senior ataupun pemain naturalisa­si. Saya rasa kita berada dalam keadaan terbaik untuk mengharung­i pusingan kelayakan Piala Asia 2023,” katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk mengharung­i dua aksi persahabat­an Tier 1 berdepan Brunei pada malam ini disusuli berdepan Hong Kong, Rabu ini.

Dua aksi persahabat­an itu bagi ‘memanaskan enjin’ skuad kebangsaan sebelum berdepan tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 bertemu Turkmenist­an (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dengan semua aksi berlangsun­g di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia