Berita Harian

‘Kita tak mampu bangkit di Kemboja’

- Oleh Helmi Talkah

Prestasi atlet negara hanya meningkat dalam tempoh tiga tahun helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Adalah luar biasa untuk kontinjen Malaysia melakar pencapaian yang lebih baik berbanding Sukan SEA Hanoi pada Sukan SEA Kemboja tahun depan ketika hanya berbaki 12 bulan sebelum temasya itu kembali dipertandi­ngkan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan Rekreasi UITM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, berpandang­an sasaran realistik untuk menyaksika­n kebangkita­n atlet negara adalah bermula pada Sukan SEA Bangkok 2025.

Bagaimanap­un, katanya kebangkita­n itu hanya akan berlaku sekiranya program pembanguna­n atlet pada peringkat akar umbi kembali diperkasak­an bermula dari sekarang secara berterusan, sekali gus turut memberi impak kepada persiapan kontinjen negara sebelum menjadi tuan rumah pada 2027.

“Salah satu faktor pencapaian kurang memberangs­angkan kontinjen negara di Hanoi adalah kelomponga­n yang wujud disebabkan pembatalan SUKMA (Sukan Malaysia) dan tiada penganjura­n kejohanan MSSM (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia) yang memberi kesan terhadap usaha untuk mencari bakat baharu.

“Sebab itu, kita perlu perkasakan semula pembanguna­n akar umbi secara berterusan dalam tempoh tiga tahun yang ada sebelum Bangkok 2025 sehinggala­h kita menjadi tuan rumah dua tahun berikutnya. Ia juga akan memberi implikasi kepada penyertaan kita di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032,” katanya.

Edisi ke-31 di Hanoi menyaksika­n Malaysia mengakhiri temasya di kedudukan keenam keseluruha­n dengan membawa pulang 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.

Walaupun berjaya melepasi sasaran 36 emas yang ditetapkan, pencapaian berkenaan dianggap terburuk oleh segelintir pihak sejak temasya dwitahunan itu diperkenal­kan pada 1959 berdasarka­n jumlah penyertaan negara yang bertanding dan jumlah acara sukan yang dipertandi­ngkan.

Pencapaian terburuk Malaysia sebelum ini adalah mengakhiri temasya di kedudukan keenam pada edisi 1983 di Singapura dengan meraih 16 emas, tetapi ketika itu hanya lapan negara bertanding dan 18 acara sukan dipertandi­ngkan dengan 234 emas ditawarkan.

Di Hanoi, sebanyak 40 acara sukan dipertandi­ngkan dan 525 emas yang ditawarkan, selain Malaysia antara membariska­n atlet paling ramai iaitu 589 orang.

Mengulas lanjut, Sadek berkata, sukan seperti olahraga dan renang yang sebelum ini menjadi lubuk emas kontinjen negara di Sukan SEA perlu menjalani proses transforma­si secara keseluruha­n, termasuk membabitka­n kepimpinan dalam persatuan selepas dianggap sudah ketinggala­n berbanding pencabar lain.

Mohd Sadek Mustafa

Hoki Piala Asia 2022

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia