Berita Harian

Malaysia belasah Bangladesh

-

Kuala Lumpur: Seperti diramal, Malaysia mengesahka­n kedudukan selaku juara Kumpulan B Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 selepas berpesta gol menewaskan Bangladesh 8-1 dalam aksi terakhir di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia, semalam.

Skuad negara sebelum ini sudah mengesahka­n tiket ke saingan Super 4 selepas merekodkan dua kemenangan awal dengan menewaskan Oman 7-0 dan Korea Selatan 5-4.

Korea mengiringi skuad bimbingan Arul Selvaraj ke kelompok empat terbaik apabila muncul naib juara kumpulan hasil kemenangan ke atas Bangladesh dan Oman.

Terdahulu, aksi bertemu Bangladesh menyaksika­n Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal Saari masing-masing meledak hatrik bagi membantu kemenangan skuad negara.

Razie menjaringk­an gol pada minit keempat, 14, dan 30, manakala Faizal meledak gol minit ke24, 31 da 46.

Dua lagi gol skuad negara dijaringka­n Muhammad Najmi Farizal Jazlan minit ke-41 dan Mohamad Ashran Hamsani (60).

Bangladesh meraih gol sagu hati menerusi jaringan Ashraful Islam pada minit ke-21.

Sebagai rekod, sejak kejohanan diperkenal­kan pada 1982, Malaysia belum pernah muncul juara dengan pencapaian terbaik adalah naib juara pada 2017 yang juga edisi terakhir kejohanan itu apabila tewas 1-2 kepada India di Dhaka, Bangladesh.

Kuala Lumpur: Pelumba negara, Adam Norrodin percaya aksi di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) akan memberi kelebihan buat dirinya dalam misi menaiki podium pada dua perlumbaan Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang bermula hari ini.

Dia yang beraksi bersama pasukan ONEXOX BMW TKKR Team berkata, pengalaman berlumba di Sepang mampu membantu dirinya untuk berada di kelompok depan kelas Asian Superbike 1000cc (ASB1000).

“Seperti pelumba Malaysia yang lain, saya sudah arif dengan selok belok Litar Sepang. Harap dengan segala pengalaman yang saya ada, ia dapat membantu untuk cuba menaiki podium.

“Ia sememangny­a bukan perkara yang mudah kerana barisan pelumba lain juga pasti mahu menamatkan perlumbaan di kedudukan podium tetapi saya percaya pasukan dan saya sendiri sudah bersedia sepenuhnya untuk Pusingan 2,” katanya yang turut memiliki pengalaman berlumba di Kejuaraan Motosikal Dunia (Motogp) dan Kejuaraan Eropah (CEV).

Adam berkata, dia mahu menjadikan Sepang sebagai medan kebangkita­n selepas keputusan kurang memberangs­angkan di perlumbaan Pusingan 1 di Litar Antarabang­sa Chang, Thailand, Mac lalu yang menyaksika­nnya dia menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat ketujuh. “Beberapa masalah berlaku ketika itu, banyak kru pasukan yang didapati positif COVID-19. Jadi kami kekurangan kru dan saya hanya dapat menggunaka­n kru sedia ada untuk mempersiap­kan jentera,” katanya.

Penyerang negara, Faizal Saari (kanan) mengasak pemain Bangladesh pada aksi Hoki Piala Asia, semalam.

Adam Norrodin

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia