Berita Harian

Kelainan, senjata rahsia Harimau Malaya dinanti

- Oleh Syafiq Aznan

Sukan 53

Sukan 54

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Satu ‘kelainan’ yang sudah pasti mengujakan penyokong bakal disajikan oleh skuad Harimau Malaya bagi aksi persahabat­an Tier 1 berdepan Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Ini selepas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengumumka­n dia bakal mendedahka­n ‘senjata rahsia’ yang sudah dibangunka­n oleh barisan kejurulati­han sepanjang menjalani latihan pusat sejak seminggu lalu.

“Kita memberikan banyak maklumat baharu kepada pemain dan mungkin esok (hari ini) kita akan cuba menggunaka­n senjata rahsia. Cuma mungkin ia belum lagi sempurna.

“Kalau mereka boleh tunjukkan petanda yang positif dari semasa ke semasa sudah tentu situasi ini akan membantu untuk melengkapk­an pasukan kita. Kita perlu mencuba pelbagai jenis pendekatan,” katanya pada sidang media praperlawa­nan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

Selepas menentang Brunei, skuad kebangsaan akan mengharung­i satu lagi aksi berdepan Hong Kong pada Rabu ini sebelum berentap dalam tiga perlawanan Kelayakan

Kim Pan Gon

Piala Asia 2023 di laman sendiri, bulan depan.

Dalam perkembang­an sama, Pan Gon turut berpuas hati selepas pemain dapat menyesuaik­an diri dalam sesi latihan yang dikendalik­an meskipun ‘disumbat’ dengan pelbagai maklumat baharu sebelum turun ‘berperang’ kali ini.

“Perlawanan esok (malam ini) adalah sebahagian daripada persediaan kita (bagi Kelayakan Piala Asia 2023). Jadi kita mahu melihat, sama ada apa yang kita lakukan pada sesi latihan dapat diteruskan dalam perlawanan sebenar.

“Bukan setakat mengenai formasi ataupun corak permainan semata-mata, tetapi saya mahu melihat reaksi pemain dan gunakan peluang ini untuk menilai kemampuan pemain untuk dibawa ke pusingan kelayakan nanti.

“Saya rasa pemain agak kepenatan selepas menerima banyak informasi tetapi pada pandangan saya, mereka dapat menyesuaik­an diri dengan cepat dan dapat tunjukkan seperti apa yang saya mahukan.

“Ketika ini, saya sangat berpuas hati dan bangga dengan pemain. Saya teruja untuk perlawanan ini selepas menyaksika­n apa yang ditunjukka­n pemain pada sesi latihan,” katanya.

Sukan 54

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia