Berita Harian

Tak rasa lapar selama 7 hari sesat di hutan

-

Tumpat: “Sepanjang tujuh hari sesat dalam hutan, saya sentiasa berselawat dan yang peliknya, tak pernah rasa lapar walaupun hanya mengalas perut dengan air sahaja,” kata Yaakub Ismail, yang hilang di dusun durian dan buah-buahan miliknya di Kampung Pasir Dusun, Jeli.

Yaakub, 76, yang hilang sejak Khamis lalu, ditemui selamat oleh penduduk kampung pada jam 6.45 petang Rabu lalu.

Beliau berkata, dia sentiasa berdoa ditunjukka­n jalan pulang kerana sudah berasa terlalu letih disebabkan sering berjalan.

“Sampai satu tahap di mana saya hampir putusa asa dan ‘menyeru’ harimau supaya muncul dan bantu saya tunjukkan jalan untuk pulang walaupun akui ia agak berisiko jika raja hutan itu betul-betul muncul.

“Saya sudah sangat letih kerana sebaik menjelang siang, saya akan mula berjalan mencari jalan keluar dan hanya berehat apabila malam sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berangan Masjid, di sini, semalam.

Mengimbas kembali bagaimana boleh sesat, Yaakub berkata, dia datang ke kebun itu bersama dua anaknya dan ingin melihat sekitar tanahnya seluas 4.8 hektar yang hampir keseluruha­n ditanam dengan buah-buahan.

Namun, beliau yang sudah mengusahak­an tanah itu sejak 30 tahun lalu, berkata memasuki kebun dengan membawa beberapa pokok durian jenis Musang King untuk ditanam.

“Saya berjalan melihat kawasan berseorang­an pada jam 11 pagi tanpa disangka langkah sudah semakin jauh sehingga ke jalan yang ditumbuhi rumput namun hati masih lagi ingin meneruskan perjalanan.

“Sehinggala­h saya sampai di kaki bukit dan ketika melihat jam di tangan, ia menunjukka­n sudah jam 2 petang menandakan sudah lama saya berjalan dan ketika ingin kembali barulah saya sedar sudah tersesat,” katanya.

Terdahulu, Yaakub dikunjungi Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang bertanya khabar dan pengalaman warga emas itu sepanjang berada dalam hutan.

Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dengan hanya sebilah golok, dia berjalan meredah hutan dan terjumpa sebuah bangsal sebelum berehat kerana hari sudah menjelang malam.

Kata pesara kakitangan kerajaan itu lagi, nasibnya agak malang kerana telefon bimbit yang dibawa hilang entah ke mana manakala golok yang selama ini menjadi peneman juga terjatuh dalam air terjun ketika dia ingin membersihk­an diri malah dia juga hampir lemas ketika itu.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Yaakub menunjukka­n tangan yang cedera kepada anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berangan Masjid.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Yaakub menunjukka­n tangan yang cedera kepada anaknya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Berangan Masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia