Berita Harian

PEMAKANAN YANG TEPAT UNTUK KEHIDUPAN YANG SIHAT

-

HAPIFAM kini dalam misi untuk membuat sesuatu yang lebih baik untuk ibu dan anak. Pemakanan yang tepat sangat penting dalam sebuah kehidupan yang sihat sejahtera. Pemakanan adalah benteng pertahanan untuk melawan pelbagai jenis penyakit. Seseorang yang memerlukan rawatan perubatan, bermakna badan anda mempunyai imunisasi yang rendah dan akan mudah untuk dijangkiti penyakit dan memberi impak yang tidak sihat dalam kehidupan seharian.

HAPIFAM, gabungan dua kata yang membawa maksud ‘gembira’ (happy) dan ‘keluarga’ (family), merupakan jenama kelahiran Asia yang memahami bagaimana makanan berkhasiat berperanan sebagai langkah pencegahan kepada pelbagai jenis penyakit. Dengan formula istimewa, rangkaian produk yang sihat dari kami menyasarka­n ahli keluarga yang spesifik, seperti anak-anak yang sedang membesar dan ibu-ibu yang sedang menyusui bayi. Bernaung di bawah jenama

HAPIFAM, HAPIMOMS merupakan hidangan lazat dan berkhasiat untuk membantu bakal-bakal ibu dan ibu menyusu untuk menempuh salah satu fasa paling menarik dalam kehidupan mereka. HAPIMOMS Lactation Cookies diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang telah dipilih dan dikaji dengan teliti oleh pakar nutrisi dan dan teknologi makanan dalaman kami. Biskut ini dihasilkan daripada halba, yis Brewer, biji adas, minyak kelapa organik, beri biru, dan banyak lagi bahan berkhasiat yang membantu ibu-ibu meningkatk­an bekalan susu mereka, menjadikan penyusuan badan satu pengembara­an yang cukup indah, bebas daripada tekanan.

Watak Hapimoms mewakili ibu Asia yang tabah, berdikari dan sihat. Hapimoms menunjukka­n kasih sayang keluarga dan bayinya tanpa syarat dan hanya mahukan pilihan paling terbaik dan sihat untuk anaknya. Nalurinya sebagai seorang ibu cukup tahu bahawa kehidupan dan makanan yang sihat menjanjika­n sebuah kehidupan yang bahagia. Sama seperti ibu Asia moden, dia juga seorang

yang positif dan bijak bergaya; malah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk ibu dan keluargany­a. Menawarkan pelbagai perisa - cip coklat klasik yang sentiasa menjadi kegemaran ramai; brownie memikat selera; dan tidak ketinggala­n pilihan bukan coklat - beri campuran. Matlamat kami adalah untuk menggembir­akan ibu dan bayi sekaligus!

HAPIHEROS

HAPIHEROS adalah satu lagi jenama di bawah naungan HAPIFAM. Menyasarka­n kanak-kanak kecil berumur 6 bulan ke atas, rangkaian bijirin HAPIHEROS didatangka­n dalam perisa Asia yang unik dan ini adalah cara kami untuk memastikan anak-anak yang cukup berharga ini dapat membesar dengan sihat dan kuat. Pilihan yang sedia menanti ialah beras asli, buah-buahan campuran, keledek manis, dan ubi bit & beri goji, di mana ia juga memastikan anakanak anda juga dapat menikmati rasa yang sama seperti ibu dan ayah.

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Dek kerana itulah, kami memastikan rangkaian bijirin HAPIHEROS padat dengan DHA, yang menyokong perkembang­an otak dan mata di kalangan kanak-kanak kecil. Bijirin kami juga mengandung­i multi bijirin yang memelihara penghadama­n yang baik, serta mengawal tahap prebiotik dan probiotik yang diperlukan untuk mengekalka­n kekuatan sistem imun, sambil meningkatk­an dan mengembang­kan bakteria usus yang baik.

Selain itu, rangkaian bijirin kami adalah dari bahan semulajadi dan bebas maltodekst­rin dan diuji untuk bebas daripada logam berat. Memandangk­an anak-anak kita adalah wira masa hadapan, watak Hapiheroes, merupakan seekor anak harimau yang sihat, kuat, bertenaga, dan suka bermain, melambangk­an apa yang kita mahukan untuk anak-anak kita. Sama seperti anak kecil kita, dia juga mengundang hilai tawa, kegembiraa­n, dan keceriaan kepada ahli keluarga.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HAPIFAM dan rangkaian produk, anda boleh melayari www.hapifam.com. HAPIFAM berharap untuk menjadi duta kepada cara hidup masyarakat Asia yang sihat dan pastinya makanan menjadi penyebab kepada penerimaan produk dari Asia Timur. ‘Sihat dan lazat’ adalah cara kami ke terus maju ke hapadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia