Berita Harian

Malaysia kekal rakan dagang penting Thailand

- Oleh Alzahrin Alias

Pelbagai agenda, inisiatif dilaksana capai sasaran urus niaga RM130B 3 tahun lagi zahrin@bh.com.my

Malaysia kekal menjadi rakan dagang dan sumber pelaburan utama Thailand terutama pada tempoh pasca pandemik.

Konsulat Thailand di Malaysia, Chainarong Keratiyutw­ong, berkata Malaysia adalah rakan dagang terbesarny­a dalam kalangan negara ASEAN tahun lalu dengan nilai perdaganga­n AS$24.08 bilion (RM105.1 bilion).

Beliau berkata, nilai perdaganga­n pada 2021 itu juga antara tertinggi berbanding beberapa tahun sebelum ini, malah ia dijangka terus meningkat pada tahun ini melalui pelbagai agenda dan inisiatif perdaganga­n dua hala yang telah dirangka.

“Hubungan yang telah lama terjalin antara dua negara terus diperkukuh­kan lagi melalui pelbagai program terutama membabitka­n perniagaan di Malaysia dan Thailand.

“Selain itu, Malaysia dan Thailand serta negara ASEAN lain perlu memperkasa­kan hubungan perdaganga­n bagi menjadikan rantau ini lebih kukuh dan berdaya tahan di masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n Festival Think Thailand di Tropicana Gardens Mall dekat Petaling Jaya, semalam.

Chainarong berkata, Malaysia juga menjadi negara kedua terbesar dari sudut pelanconga­n Thailand selepas China pada 2019.

Beliau berkata, ini menjadikan Malaysia negara penting dalam menyokong pertumbuha­n industri pelanconga­n negara itu yang berdepan dengan kejatuhan disebabkan COVID-19 dalam tempoh dua tahun kebelakang­an ini.

Justeru, katanya, promosi dan tarikan perdaganga­n perlu terus dilaksana bagi memperkasa­kan ekonomi kedua-dua negara dan mampu mencapai sasaran perdaganga­n dua hala AS$30 bilion (RM130 bilion) menjelang 2025.

Mengenai Festival Think Thailand, Chainarong berkata, ia adalah siri promosi perdaganga­n dan pelanconga­n yang akan dilaksanak­an sepanjang tahun ini.

“Festival ini bermula dengan kerjasama Tropicana Corporatio­n Bhd (Tropicana) bagi penganjura­n pertama Think Thailand di pusat beli-belah Tropicana Garden bermula 26 Mei sehingga 6 Jun ini.

“Festival ini bukan saja mempamerka­n produk dari Thailand, malah turut membuka peluang kerjasama perniagaan dengan syarikat Malaysia.

“Kami menjangka dapat mencapai RM6 juta jualan sepanjang festival berlangsun­g. Padanan perniagaan lain yang telah dirancang sepanjang tahun ini juga dijangka dapat mencapai nilai RM30 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Tropicana Gardens Mall, Andrew Ashvin, berkata sejak kerajaan melonggark­an banyak kawalan dan mula beralih kepada fasa endemik, rakyat kembali bersedia untuk beriadah dan melakukan aktiviti seperti biasa.

Beliau berkata, disebabkan itu, Festival Think Thailand adalah penting bagi memberikan pelanggan suasana seperti berada di Thailand dan mendapatka­n produk dari negara itu.

“Pelanggan Tropicana Gardens Mall akan dapat merasai suasana dan mencuba pelbagai produk termasuk makanan dari Thailand sepanjang festival ini berlangsun­g.

“Lebih 50 gerai jualan disediakan membabitka­n lebih 50 produk eksport dari Thailand,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia