Berita Harian

Russia lancar serangan sengit kuasai Lugansk

-

Kharkiv: Russia melancarka­n serangan habis-habisan untuk menguasai baki wilayah perindustr­ian, Lugansk, ketika ketegangan pertempura­n terus meningkat di Ukraine.

“Keadaan kekal sukar kerana tentera Russia berusaha habis-habisan untuk menguasai Lugansk. Pertempura­n amat sengit sedang berlaku di pinggir Severodone­tsk.

“Mereka memusnahka­n bandar itu dengan melancarka­n serangan setiap hari tanpa henti,” kata Gabenor wilayah berkenaan, Sergiy Gaiday, dalam video melalui Telegram.

Dalam pada itu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, turut menyuaraka­n perasaan semakin kecewa terhadap Barat, dengan mendakwa pihak sekutu berlengah-lengah dalam penghantar­an bantuan senjata.

Beliau sekali gus menegaskan kepada rakan sejawatnya di Jerman bahawa Ukraine memerlukan bantuan senjata berat secepat mungkin.

“Kami memerlukan lebih banyak senjata berat dihantar secara mungkin, terutama MLRS (sistem pelancar roket berganda) untuk menangkis serangan Russia,” tulisnya dalam Twitter selepas bercakap dengan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock.

Tentera Russia dilapor turut melancarka­n serangan bom ke atas bandar Kharkiv sehingga mengorbank­an sembilan orang, selepas usaha Moscow untuk menguasai hab timur laut itu berjaya dipatahkan.

Lima orang awam didakwa terbunuh di wilayah Donetsk, kelmarin.

Terdahulu, Timbalan Menteri

Ukraine, Ganna Malyar, dilapor menyifatka­n pertempura­n di kawasan timur kini mencapai ‘tahap maksimum’ sejak Russia menceroboh­i negara ini pada 24 Februari lalu.

“Tentera musuh menyerang kedudukan askar Ukraine secara serentak dari beberapa arah. Kami berdepan pertempura­n yang amat sukar dan panjang,” katanya kepada pemberita.

AFP

Geneva: Negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk sekeras-kerasnya penceroboh­an Russia di Ukraine dan serangan ke atas kemudahan penjagaan kesihatan di negara itu.

Resolusi berhubung perkara berkenaan diluluskan pada perhimpuna­n tahunan WHO, kelmarin, selepas meraih 88 undi menyokong, manakala 12 menentang, 53 berkecuali dan 30 lagi negara anggota tidak hadir.

Pada masa sama, resolusi balas Russia berhubung krisis kesihatan di Ukraine tanpa menyentuh isu penceroboh­an berkenaan pula tidak diterima.

Untuk rekod, WHO mempunyai 194 negara anggota, termasuk 183 yang layak mengundi.

“Keputusan pengundian itu memberi isyarat jelas kepada Russia: Hentikan peperangan terhadap Ukraine. Berhenti menyerang hospital,” kata Duta Ukraine, Yevheniia Filipenko.

Resolusi diluluskan itu turut menggesa supaya Russia serta-merta berhenti melancarka­n sebarang serangan ke atas hospital serta tempat penjagaan kesihatan yang lain.

Resolusi itu dibawa oleh Ukraine dan ditaja bersama sejumlah negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Jepun, Turki dan negara Kesatuan Eropah (EU).

Menurut resolusi itu, peperangan berkenaan menyebabka­n halangan serius kepada penjagaan kesihatan di Ukraine, sekali gus memberi kesan meluas terhadap aspek kesihatan di rantau terbabit.

Ia juga mendesak Russia supaya menghormat­i serta melindungi semua petugas perubatan dan kemanusiaa­n, selain mereka yang sakit serta mengalami kecederaan, sejajar undang-undang antarabang­sa.

Resolusi itu turut menyeru ke arah akses selamat, cepat dan tanpa halangan kepada mereka yang memerlukan bantuan, dan pembekalan bebas ubat-ubatan serta peralatan penting.

WHO mengesahka­n 256 serangan berasingan berlaku ke atas penjagaan kesihatan di Ukraine sejak penceroboh­an Russia pada 24 Februari lalu.

Sementara itu, resolusi dibawaruss­iamengenai­krisiskesi­hatan di Ukraine tanpa menyentuh isu penceroboh­an, ditolak dengan 66 undi menentang, 15 menyokong dan 70 berkecuali.

Timbalan Duta Russia, Alexander Alimov, bagaimanap­un menolak keputusan itu.

“Sebarang cubaan untuk mengasing atau menyalahka­n Persekutua­n Russia, terutama atas keadaan kesihatan di negara itu, adalah tidak boleh diterima,” katanya. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Bomba memadamkan kebakaran sebuah premis selepas dibedil tentera Russia di Kharkiv, Ukraine.
(Foto AFP) Bomba memadamkan kebakaran sebuah premis selepas dibedil tentera Russia di Kharkiv, Ukraine.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia