Berita Harian

Russia sedia bantu jika Barat tarik sekatan

-

Putin janji eksport bijiran atasi krisis makanan global

Moscow: Russia bersedia menghulurk­an ‘sumbangan penting’ untuk menangani krisis makanan yang semakin meruncing, sekiranya Barat menarik balik sekatan yang dikenakan susulan peperangan di Ukraine.

Presiden Vladimir Putin menekankan pendirian Moscow itu kepada Perdana Menteri Itali, Mario Draghi, dalam perbualan telefon antara dua pemimpin berkenaan kelmarin.

Russia dikenakan sekatan selepas Putin mengarahka­n tentera negara ini untuk menceroboh­i

Ukraine pada 24 Februari lalu.

Sekatan dan tindakan ketenteraa­n yang berterusan kini telah menjejaska­n pembekalan baja, gandum serta komoditi lain dari Russia dan Ukraine.

Kedua-dua negara itu mengeluark­an 30 peratus daripada bekalan gandum dunia.

“Putin menekankan bahawa Persekutua­n Russia bersedia menghulurk­an sumbangan penting untuk mengatasi krisis makanan melalui eksport bijiran dan baja, tertakluk kepada penarikan balik sekatan yang dikenakan atas dorongan politik oleh Barat,” kata Kremlin dalam satu kenyataan selepas panggilan telefon berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi, Putin juga bercakap mengenai ‘langkah diambil bagi memastikan keselamata­n navigasi, termasuk pembukaan harian koridor kemanusiaa­n untuk kapal awam keluar dari pelabuhan Azov dan

Laut Hitam, yang didakwa dihalang oleh pihak Ukraine.’

Selain itu, Putin turut menolak dakwaan bahawa Russia harus dipersalah­kan atas krisis bekalan makanan dalam pasaran global dengan menyifatka­n tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas.

Bagaimanap­un, Amerika Syarikat (AS) membidas tawaran Putin itu secara sinis.

“Kini, mereka menggunaka­n alat ekonomi pula sebagai senjata. Mereka menjadikan makanan sebagai senjata. Mereka mempersenj­atakan bantuan ekonomi.

“Pihak pentadbira­n sedang berbincang dengan sekutu dan rakan antarabang­sa kita mengenai langkah terbaik untuk menangani perkara ini,” kata jurucakap Pentagon, John Kirby.

Sementara itu pada pada sidang media, Draghi pula menjelaska­n panggilan telefon terbabit dibuat bertujuan membincang­kan

Krisis Russia-ukraine

Russia antara pembekal utama gandum untuk pasaran global.

cara untuk menangani sekatan gandum yang sedang berada dalam depoh di Ukraine.

Beliau menyaranka­n Russia dan Ukraine bekerjasam­a membuka sekatan terhadap pelabuhan Laut Hitam, iaitu lokasi gandum terbabit disimpan. Gandum berkenaan kini berisiko rosak sekiranya berterusan disimpan begitu saja.

Kerjasama disaran itu termasuk memastikan tiada pertempura­n berlaku ketika bekalan terbabit dibawa keluar dari pelabuhan berkenaan.

Draghi memaklumka­n, ‘terdapat kesediaan pihak Russia untuk menuju ke arah itu’ dan beliau akan menghubung­i Presiden Volodymyr Zelensky pula untuk melihat sama ada Ukraine juga sedemikian.

“Namun, apabila ditanya sama ada saya melihat sebarang sinar harapan untuk perdamaian, jawapannya adalah tidak,” katanya. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia