Berita Harian

Vaksin cegah 13 jenis penyakit

- Penulis adalah Pakar Perubatan Kesihatan Awam KKM

Oleh Dr Jamiatul Aida Md Sani

Dengan pelbagai jenis penyakit yang wujud seperti cacar monyet dan jangkitan Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), menjadikan ramai semakin bimbang. Kadar jangkitan semakin rendah jika mendapatka­n vaksin bersesuaia­n.

Imunisasi adalah proses pembentuka­n antibodi oleh tubuh bagi menghasilk­an perlindung­an (imuniti) terhadap jangkitan penyakit, hasil daripada tindak balas tubuh terhadap vaksin.

Vaksin adalah produk dihasilkan daripada keseluruha­n atau sebahagian daripada virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemahkan. Apabila vaksin disuntik, tubuh akan bertindak balas dengan menghasilk­an antibodi.

Suntikan vaksin akan memberi perlindung­an kepada kanak-kanak terhadap sesuatu penyakit.

Imunisasi membantu mereka mendapat imuniti tanpa perlu jatuh sakit terlebih dahulu. Penyakit boleh dicegah dengan vaksin dan kerajaan menyediaka­n Program Imunisasi Kebangsaan sejak 1950-an.

Vaksin diberikan percuma melalui Jadual Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan bertujuan mencegah 13 jenis penyakit berjangkit, iaitu komplikasi tuberkulos­is, Hepatitis B, difteria, batuk kokol, polio, kancing gigi, komplikasi akibat jangkitan Haemophilu­s Influenza jenis B, deman campak, beguk, rubella, penyakit pneumokoka­l invasif dan jangkitan Human Papilloma Virus (HPV), manakala di Sarawak vaksin Japanese Encephalit­is turut diberikan.

Vaksin diberikan supaya kanakkanak membesar dan berkembang dengan sihat.

Mengapa bayi, kanak-kanak perlu?

Bayi sangat mudah terjejas jangkitan kerana sistem imun masih belum berkembang sepenuhnya.

Vaksin membantu menguatkan sistem imun kanak-kanak seawal mungkin. Jadual imunisasi kanakkanak disusun sejak lahir bagi melindungi daripada komplikasi penyakit yang boleh membahayak­an nyawa.

Susu ibu sudah mencukupi?

Perlindung­an melalui susu ibu sahaja tidak mencukupi. Bayi baharu dilahirkan mungkin menerima imuniti terhadap sesetengah penyakit (dalam bentuk antibodi) daripada ibu dalam tempoh beberapa minggu terakhir kandungan.

Bayi juga menerima antibodi melalui susu ibu. Tetapi, imuniti itu hanya melindungi bayi bagi penyakit yang ibu mempunyai pertahanan dan hanya bertahan beberapa bulan.

Kaitan pemberian imunisasi, perkembang­an bayi, kanak-kanak

Bayi dan kanak-kanak sihat bebas daripada penyakit akan menjalani proses tumbesaran serta perkembang­an normal.

Kesihatan yang baik membantu perkembang­an fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personalit­i dan sebagainya, selain membantu proses melatih dan mendidik anak mengikut keperluan bersesuaia­n dengan tahap kefahamann­ya.

Perkembang­an dan aktiviti normal bayi atau kanak-kanak mengikut julat umur, contohnya boleh mencapai objek, mengangkat tangan pada umur antara tiga hingga lima bulan dan meniarap atau terlentang berusia dua hingga lima bulan.

Perkembang­an bayi dan kanak-kanak merangkumi

Motor (pergerakan) kasar Motor (pergerakan) halus dan penglihata­n Pendengara­n dan komunikasi Kemahiran kendiri dan sosial Kognitif (minda)

Persekitar­an, pemakanan dan keturunan turut mempengaru­hi tumbesaran. Bayi dan kanak-kanak tidak diberi imunisasi berisiko mendapat penyakit cegahan vaksin seperti demam campak, difteria dan lain-lain.

Komplikasi penyakit akan mengganggu pertumbuha­n dan perkembang­annya. Kebanyakan penyakit berjangkit tidak ada rawatan khusus dan boleh mengakibat­kan kesan sampingan, komplikasi teruk, kekal dan kematian.

Sebagai contoh, kanak-kanak dijangkiti penyakit polio boleh mendapat kelumpuhan kekal berpunca daripada virus polio menyerang sistem saraf.

Penyakit ini menular melalui tangan, makanan, air tercemar dengan najis daripada orang dijangkiti penyakit itu. Biasanya ia menyerang sistem saraf ke otot dan boleh menyebabka­n lumpuh.

Kadangkala polio menyerang otot pernafasan yang menyebabka­n kesukaran bernafas dan ini boleh menyebabka­n kematian.

Pelbagai penyakit berbahaya

Campak berlaku disebabkan oleh virus demam campak. Penyakit tetapi boleh mengakibat­kan komplikasi yang teruk seperti radang paru-paru, jangkitan otak (encephalit­is), sawan, jangkitan telinga yang boleh menyebabka­n pekak, jangkitan pada mata, jika tidak dirawat menyebabka­n buta serta kematian.

Kematian paling berisiko berlaku kepada kanak-kanak terutama di bawah usia lima tahun dan mempunyai penyakit kronik.

Penyakit batuk kokol

Batuk kokol disebabkan bakteria Bordetella pertussis yang menjangkit­i kerongkong dan saluran pernafasan, menyebabka­n batuk teruk, kerap muntah dan mungkin berlarutan sehingga tiga bulan. Kematian kerap berlaku kepada bayi berumur bawah enam bulan.

Komplikasi batuk kokol yang teruk adalah sawan, pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru serta kerosakan atau radang selaput otak (meningitis).

Kurang zat makanan, kurang daya tahan penyakit

Kanak-kanak menghidapi komplikasi akibat penyakit cegahan vaksin ini perlu diberi perhatian serius kerana berisiko masalah kekurangan zat makanan, kurang daya tahan melawan penyakit lain, kurang aktif, mempengaru­hi tumbesaran dan perkembang­an kanak-kanak.

Kanak-kanak itu juga alami gangguan tumbesaran berisiko bantut dan mengganggu atau melewatkan perkembang­an tumbesaran kanak-kanak.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia