Berita Harian

‘Perang’ di Paris

-

Liga Juara-juara

Paris: Skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool merancang menamatkan musim yang menakjubka­n dengan membalas dendam kekalahan mereka pada 2018 di tangan Real Madrid ketika kedua-dua pasukan kembali ke final Liga Juara-juara di Paris, pagi esok.

Bagaimanap­un, gergasi Sepanyol itu turut mempunyai misi tersendiri iaitu merangkul kejuaraan ke-14 Piala Eropah.

Ia adalah final ketiga Liverpool dalam Liga Juara-juara

dalam lima musim selepas tewas 3-1 kepada Real di Kyiv diikuti kemenangan mengatasi Tottenham Hotspur di Madrid setahun selepas itu dan mereka dilihat sebagai pilihan di Stade de France untuk bergelar Raja Eropah buat kali ketujuh.

Ia akan meletakkan mereka setaraf AC Milan dan lawan mereka kali ini menang lebih banyak trofi dan ia juga membolehka­n kelab Anfield itu menamatkan kempen dengan tiga kejuaraan selepas merangkul

Piala Liga dan Piala FA.

“Menang trofi, tiada yang lebih baik daripada itu,” kata pemain Liverpool, Andy Robertson.

Untuk tempoh yang lama memburu empat gelaran, ia berlarutan sebelum skuad Klopp hanya satu mata ketinggala­n dalam aksi Liga Perdana Inggeris di belakang Manchester City.

Ia sudah menjadi tempoh yang diingati sejak beberapa tahun lalu buat skuad Klopp selepas kekalahan di Kyiv ketika Mohamed Salah dikeluarka­n kerana kecederaan pada babak pertama, mimpi ngeri Lorius Karius di gawang dan kehebatan Gareth Bale memberikan kemenangan buat Real.

“Saya rasa, ia masa untuk membalas dendam,” kata Salah yang menjaringk­an 31 gol musim ini.

Kehebatan Liverpool tampak jelas selepas mereka memperkuat­kan pasukan sejak 2018, terutama di posisi penjaga gol selepas kehadiran Alisson sementara Thiago Alcantara cemerlang di bahagian tengah.

Masalah utama ialah apabila memikirkan nama Real sentiasa berada di piala berkenaan seperti banyak kali dilakukan mereka sebelum ini.

Karim Benzema kini mengetuai Real di final di negaranya sendiri selepas kempen yang menyaksika­n dia meledak 44 gol - 15 di Eropah dan 27 dalam aksi domestik ketika mereka menang gelaran Sepanyol. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia