Berita Harian

PM sahkan belum bertemu Zuraida

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahka­n belum bertemu dengan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk membincang­kan kedudukann­ya dalam Kabinet.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu masih belum diadakan memandangk­an Zuraida masih bercuti selepas beliau pulang daripada lawatan kerjanya ke Turki dan Greece, baru-baru ini.

Katanya, tarikh pertemuan bagi membincang­kan peletakan jawatan Zuraida juga masih belum ditetapkan dan akan dibuat kemudian.

“Belum lagi (bertemu Zuraida). Beliau masih bercuti lagi. Tarikh nanti saya akan tetapkan,” katanya ringkas selepas menyempurn­akan pelancaran sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sudah mengadakan pertemuan dengan Zuraida susulan Ahli Parlimen Ampang itu memaklumka­n hasrat untuk melepaskan jawatan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi pada 26 Mei lalu.

Menerusi satu kenyataan, Zuraida yang juga bekas Naib Presiden PKR dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas memutuskan untuk keluar daripada BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diterajui bekas pemimpin PKR.

Ketika kenyataan itu dikeluarka­n, Zuraida berada di Turki bagi memenuhi undangan Persidanga­n Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-quds dan Palestin serta dijangka berucap pada majlis pembukaan.

Beliau kemudian dilaporkan bergerak ke Athens, Greece bagi memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembang­an Pasaran Kayu Malaysia bersama Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dan pulang ke tanah air Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia