Berita Harian

Syor larang ahli Parlimen hadir sidang belum dibincang

-

Kuala Lumpur: Kabinet belum memutuskan sebarang ketetapan berhubung cadangan melarang ahli Parlimen yang sedang berdepan perbicaraa­n kes di mahkamah, daripada menghadiri persidanga­n serta menjalanka­n urusan lain di Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan itu baru dikemukaka­n Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan belum dibincangk­an dalam mesyuarat Kabinet.

Beliau menjelaska­n, masih terlalu awal untuk Kabinet membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, selain Jemaah Menteri perlu merujuk semula Akta Perkhidmat­an Parlimen.

“Kita belum membincang­kannya dalam Kabinet secara terperinci, antara lain Ahli Parlimen yang dihadapkan ke mahkamah, tidak dibenarkan masuk ke Parlimen, sama ada dalam undang-undang atau etika bawah

Akta Perkhidmat­an Parlimen.

“Masih terlalu awal dan kita belum bincang secara terperinci dalam Kabinet. Ia (perbincang­an) belum dijadualka­n bila, dan tidak dibawa pada mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.

“Kita tidak boleh hanya mendengar pandangan saya semata-mata (mengenai cadangan itu). (Perbincang­an pada peringkat) Kabinet bermakna (pandangan) semua menteri. Perincian nanti kita akan bincangkan dalam (mesyuarat) Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia yang turut dihadiri Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan Kabinet bersetuju dengan cadangan untuk mengkaji meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewa­an dan Kuasa) 1952 (Akta 347) yang antara lain akan mengandung­i peruntukan melarang mana-mana Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, daripada menghadiri sebarang Majlis Parlimen.

Wan Junaidi dipetik berkata, perkara itu bagaimanap­un masih dalam kajian dan perlu diperhalus­i, termasuk mendapatka­n pandangan pelbagai pihak berkepenti­ngan, selain melihat kepada peraturan Dewan Rakyat sedia ada.

Dalam perkembang­an berasingan, Ismail Sabri menjelaska­n, beliau tidak akan mendahului kuasa Yang di-pertuan Agong dalam pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia