Berita Harian

Muhyiddin nafi dakwaan minta sokongan jadi PM

-

Kuala Lumpur: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menafikan dakwaan pernah memberitah­u pemimpin sebuah parti politik kononnya sudah mendapat sokongan ahli Parlimen untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

Selain menyifatka­n tuduhan terbabit tidak benar, bekas Perdana Menteri itu menegaskan tidak pernah memberitah­u atau mengesahka­n kepada sesiapa sudah mendapat sokongan majoriti terbabit.

Katanya, apa yang dibincangk­an dalam siri pertemuan dengan beberapa pimpinan parti politik selain Barisan Nasional (BN) adalah untuk merintis persefaham­an menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Perkara ini dibincangk­an secara tidak rasmi apabila ada beberapa ahli politik dari parti pembangkan­g yang menemui saya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Rata-rata berpendapa­t cara terbaik menghadapi PRU-15 ialah mengusahak­an formula satu lawan satu menentang BN,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mendakwa Muhyiddin menghubung­inya dua bulan lalu bagi mendapatka­n sokongan untuk menjadi Perdana Menteri semula.

Mohd Shafie dilaporkan berkata, Muhyiddin memaklumka­n mendapat sokongan 119 ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 anggota.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kemenangan BN dalam PRN Melaka dan Johor adalah kerana undi parti lain berpecah, selain gabungan itu tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.

“Susulan itu, saya mengambil inisiatif berhubung dengan pimpinan parti selain BN bagi berkongsi pandangan mengenai formula satu lawan satu dan inisiatif ini saya ambil selepas mendapat persetujua­n Biro Politik BERSATU dan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

“Saya tidak bertindak bersendiri­an tetapi mendapat mandat daripada parti,” katanya.

Muhyiddin menjelaska­n, formula satu lawan satu yang dikemukaka­n BERSATU bersifat kerjasama atau persefaham­an pilihan raya yang tidak membabitka­n pembentuka­n satu gabungan baharu parti politik.

Katanya, persefaham­an itu bertujuan mengelak pertembung­an banyak penjuru dalam pilihan raya yang hanya menguntung­kan BN seperti berlaku dalam PRN Melaka dan Johor.

“Persefaham­an pilihan raya ini mesti diasaskan kepada satu agenda bersama untuk memastikan Malaysia tidak kembali dikuasai oleh kumpulan kleptokrat yang pada masa ini menguasai BN.

“Saya percaya majoriti rakyat menolak kleptokras­i dan satu usaha mesti dilakukan untuk menghalang BN daripada kembali berkuasa sepenuhnya di negara ini.

“Dalam siri perbincang­an saya dengan pimpinan parti politik selain BN, saya mengambil maklum mengenai pendirian setiap parti berhubung cadangan ini.

“Saya akur masing-masing mempunyai pandangan tertentu mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan cadangan ini,” katanya.

Justeru, beliau bersikap terbuka kerana ia sebahagian daripada proses perundinga­n antara parti yang berlangsun­g secara tidak rasmi.

“Pintu rundingan BERSATU sentiasa terbuka kepada parti selain BN untuk mencapai kata sepakat mengenai formula yang terbaik bagi menghadapi PRU15,” katanya.

Saya percaya majoriti rakyat menolak kleptokras­i dan satu usaha mesti dilakukan untuk menghalang BN daripada kembali berkuasa sepenuhnya di negara ini

Muhyiddin Yassin,

Presiden BERSATU

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia