Berita Harian

PM tertarik E-akhbar terbitan NSTP

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Pengguna boleh baca menerusi platform digital seawal jam 12.30 tengah malam

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tertarik dengan E-akhbar terbitan The New Straits Times Press (NSTP) yang boleh dibaca dalam aplikasi mudah alih dan komputer.

NSTP menawarkan replika BH, New Straits Times dan Harian Metro dalam bentuk E-akhbar menerusi platform digital untuk pembaca.

Ia boleh dibaca seawal jam 12.30 tengah malam menerusi telefon pintar, tablet dan komputer.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang subscripti­on.nstp.com.my untuk melanggan akhbar digital ini yang kandungann­ya sama seperti akhbar cetak.

Sempena perasmian Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) oleh Ismail Sabri di World Trade Centre (WTC) di ibu negara malam kelmarin, Pemangku Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an berkongsi aplikasi E-akhbar berkenaan dengan Perdana Menteri.

Beliau menunjukka­n minat supaya pegawai Pejabat Perdana

Menteri menggunaka­n E-akhbar dalam melaksanak­an tugas berkaitan media.

NSTP adalah rakan strategik media PBAKL 2022 dan mengambil bahagian dalam pesta berkenaan dengan mempromosi dan menjual pelbagai jenama dalam rangkaian produknya.

Antara kelebihan E-akhbar terbitan NSTP adalah ia boleh diulang baca bermula dari hari pertama langganan, boleh dibawa ke mana saja dan dibaca pada bila-bila masa melalui tiga peranti berbeza pada waktu yang sama pada harga serendah 46 sen satu naskhah.

Pelanggan juga boleh memilih pakej tempoh langganan selama seminggu, sebulan, tiga bulan, enam bulan dan setahun.

Terkini, NSTP menyediaka­n langganan istimewa serendah RM31.80 bagi setahun langganan khas untuk warga sektor pendidikan dan pelajar.

Langganan kombo digital dan cetakan juga ditawarkan dengan penghantar­an terus ke rumah.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Ismail Sabri diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin (kiri) melihat demonstras­i E-akhbar NSTP oleh Ahmad Zaini ketika majlis perasmian Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Ismail Sabri diiringi Menteri Pendidikan, Datuk Seri Dr Radzi Jidin (kiri) melihat demonstras­i E-akhbar NSTP oleh Ahmad Zaini ketika majlis perasmian Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia