Berita Harian

JAKIM audit rumah sembelihan TFI

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Proses tentukan kelulusan diberi sebelum ini diteruskan atau ditarik

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menjalanka­n semakan audit terhadap rumah sembelihan Thomas Food Internatio­nal (TFI), Lobethal, Australia yang didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee, berkata proses berkenaan akan menentukan status penggantun­gan membabitka­n syarikat berkenaan.

“Kita sudah umumkan penggantun­gannya sebelum ini. Kelulusan (penyembeli­han) ditarik semula oleh pihak Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS), termasuk pengesahan untuk mereka menghantar daging (import ke Malaysia).

“Kita akan buat semakan audit terhadap rumah sembelihan berkenaan bagi menentukan sama ada kelulusan yang diberikan sebelum ini diteruskan atau ditarik terus,” katanya selepas Majlis Perasmian Reruai dan Pelancaran Buku Baharu Terbitan JAKIM di Pentas Utama Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL 2022) di sini, semalam.

Acara dirasmikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Hadir sama, Urus Setia Tetap

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Mohd Khair Ngadiron.

Pada 23 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, memaklumka­n hasil audit mengejut dilaksanak­an Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) mendapati TFI melanggar protokol halal dalam proses penyembeli­han.

Idris dilaporkan berkata, sebelum perkara itu disahkan SICHMA, JAKIM pada 13 Mei lalu sudah membatalka­n dan menghentik­an operasi di loji penyembeli­han berkenaan.

Sirajuddin berkata, JAKIM turut menyekat kemasukan daging import dari pusat sembelihan berkenaan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Perlanggar­an SOP penyembeli­han halal

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita dua skuter elektrik yang beroperasi tanpa kebenaran di Dataran Merdeka di sini, malam kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 8 hingga 10 malam itu, anggota penguat kuasa DBKL yang membuat rondaan di lokasi berkenaan, menemui aktiviti tanpa kebenaran itu.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, dua skuter elektrik yang diletak di atas Jalan Raja bagi tujuan penyewaan aktiviti berkenaan kemudianny­a disita.

“Dataran Merdeka adalah jalan awam yang tidak diwartakan untuk aktiviti skuter elektrik.

“Justeru, tindakan itu bertepatan dengan arahan kerajaan iaitu tiada kebenaran diberikan kepada aktiviti skuter elektrik di jalan awam kecuali di kawasan yang diwartakan,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, anggota penguat kuasa DBKL turut membuat laporan polis terhadap pengendali aktiviti skuter itu kerana cuba menghalang penjawat awam melaksanak­an tugas.

Katanya, skuter elektrik yang disita itu dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras.

 ?? Ihsan FB DBKL) ?? Anggota penguat kuasa DBKL memeriksa skuter elektrik yang beroperasi tanpa kebenaran di Dataran Merdeka, malam kelmarin.(foto
Ihsan FB DBKL) Anggota penguat kuasa DBKL memeriksa skuter elektrik yang beroperasi tanpa kebenaran di Dataran Merdeka, malam kelmarin.(foto

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia