Berita Harian

Bina ruang takungan air bawah tanah

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir, Ahmad Suhael Adnan dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Perbincang­an terperinci pakar, pihak perunding, diberi tempoh tiga bulan sedia pelan

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang membina ruang takungan air bawah tanah sebagai persediaan jangka panjang untuk berdepan risiko cuaca ekstrem di ibu negara menjelang 10 tahun akan datang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata cadangan itu alternatif kepada kolam takungan air sedia ada yang dibina di permukaan tanah yang sering dilapor mencapai kapasiti maksimum ketika hujan lebat berterusan.

Sehubungan itu, katanya, perbincang­an terperinci berhubung idea berkenaan membabitka­n beberapa pakar dalaman DBKL sedang dibuat, selain pihak perunding akan dilantik sejurus proses berkenaan selesai.

Beliau berkata, pihak perunding projek berkemungk­inan diberi tempoh tiga bulan untuk menyediaka­n pelan pembanguna­n ruang takungan air bawah tanah itu dengan mengambil kira jumlah air banjir dan pemilihan lokaliti bersesuaia­n.

“Pembinaan ruang takungan air bawah tanah ini wajar sebagai tambahan kepada sistem tebatan banjir sedia ada. Namun, ia memerlukan kajian terperinci bergantung kadar taburan hujan dan beberapa aspek lain.

“Kita juga perlu meneliti saiz, panjang dan keluasan sesuai jika ruang takungan air bawah tanah ini mahu dibangunka­n bagi menampung jangkaan taburan hujan semasa,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia, di sini semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan BH mengenai jangkaan Malaysia khususnya Lembah Klang yang sedang melalui proses urbanisasi pesat berisiko dilanda cuaca lebih ekstrem termasuk cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius, selain kekerapan berlaku ribut petir lebih kuat dan puting beliung.

Mengenai jangkaan pembinaan ruang takungan air bawah tanah itu dimulakan, Mahadi berkata, perincian mengenainy­a hanya dapat dikenal pasti selepas pihak perunding dilantik bagi projek berkenaan selesai menyediaka­n pelan pembanguna­n infrastruk­tur terbabit.

Mahadi Che Ngah

Ditanya desas-desus pembinaan Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) kedua, Mahadi berkata, pihaknya menjalinka­n kerjasama erat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengenal pasti lokaliti sesuai untuk dimuatkan dalam jajaran projek itu jika ia dilaksanak­an kelak.

Sementara itu, DBKL menempatka­n kakitangan secara bergilir-gilir di 24 lokasi panas banjir sekitar ibu negara sebagai langkah berdepan banjir kilat.

Melalui perkongsia­n di Facebook,

DBKL memaklumka­n kakitangan pelbagai jabatan itu ditempatka­n di khemah khas bermula jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari, selain dibantu sukarelawa­n dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Turut dikongsi mengenai pam air yang selesai dipasang di 10 lokasi panas banjir seperti diumumkan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebelum ini termasuk di Bulatan Dato Onn, Lebuh Ampang, Jalan Rahmat, Kampung Periuk dan Kampung Pasir.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Benteng beg pasir yang diletakkan oleh DBKL bagi menghalang limpahan air Sungai Gombak ketika hujan lebat di Jalan Rahmat, Kuala Lumpur.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Benteng beg pasir yang diletakkan oleh DBKL bagi menghalang limpahan air Sungai Gombak ketika hujan lebat di Jalan Rahmat, Kuala Lumpur.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia