Berita Harian

Bertindak segera cegah kepercayaa­n pindah roh

-

Inkarnasi akidah palsu, bertentang­an nas al-quran serta Sunnah Nabawiyah

Georgetown: Pihak berkuasa agama Islam digesa mengambil tindakan segera bagi mencegah kepercayaa­n kepada inkarnasi, iaitu perpindaha­n roh individu sudah meninggal dunia kepada individu lain yang hidup, daripada menyusup ke dalam masyarakat Islam di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata tindakan itu perlu susulan tular video seorang penceramah bebas didakwa menyebut mengenai perpindaha­n roh kepada jasad manusia masih hidup dalam ceramahnya.

“Kepercayaa­n kepada inkarnasi, iaitu perpindaha­n roh seorang yang sudah meninggal dunia kepada seorang lain yang hidup, adalah karut dan perkara khurafat yang tidak bersandark­an sebarang dalil dalam Islam.

“Ia dipegang oleh penganut agama Hindu, Buddha, kaum Maya di Amerika Latin, beberapa golongan Syiah di Lubnan dan Syria, serta tarekat tertentu yang ekstrem.

“Sehubungan itu, saya meminta pihak berkuasa agama Islam termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan agama negeri, memandang serius isu ini dan mengambil tindakan segera untuk mencegahny­a,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau mengulas video berdurasi lebih 10 minit di mana penceramah bebas itu didakwa menyatakan gurunya pernah menyebut contoh roh boleh berpindah-pindah.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, berdasarka­n perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah, inkarnasi adalah satu akidah yang palsu dan menyelewen­g daripada landasan agama Islam yang sebenar kerana bertentang­an dengan nas-nas al-quran serta Sunnah Nabawiyah.

Menurut ajaran Islam, beliau berkata, roh tidak berpindah dari satu jasad ke jasad lain kerana roh seseorang adalah khusus untuk dirinya dan tidak dikongsi oleh sesiapapun selepas kematian individu itu, malah tiada dalil menyokong akidah palsu berkenaan.

“Umat Islam diingatkan bahawa kepercayaa­n kepada perkara ghaib atau metafizika mestilah bersandark­an dalil yang sahih, sedangkan kepercayaa­n kepada penjelmaan roh ini tiada dalil sama sekali, sama ada daripada ayat al-quran mahupun sunnah yang sahih,” katanya.

Beliau menjelaska­n menurut Islam, roh seseorang bermula ketika ia berada di dalam rahim ibu dan selepas berpisah dengan jasad disebabkan kematian, roh berpindah ke alam barzakh sebelum dibangkit serta disatukan semula dengan jasadnya pada hari kiamat, seterusnya akan berakhir di syurga atau neraka.

Katanya, sesiapa yang cuba menyebarka­n akidah sesat itu kepada umat Islam, perlu diberi amaran dan jika terus berdegil, maka hendaklah dibawa ke Mahkamah Syariah untuk diadili menurut undang-undang sedia ada.

“Selain itu, individu berkenaan juga perlu disekat daripada menyampaik­an ceramah dan kuliah di masjid atau surau, demi memelihara akidah umat Islam,” katanya. BERNAMA

Wan Salim Wan Mohd Noor

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia