Berita Harian

Bekalan gandum cukup

-

Lonjakan harga akibat perang Russia-ukraine, kos pengangkut­an

Kuala Berang: Bekalan tepung gandum di negara ini adalah stabil dan mencukupi, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.

Bagaimanap­un, Rosol berkata, bagi bekalan tepung gandum am bersubsidi, pengeluara­nnya terpaksa dikurangka­n di pasaran disebabkan lonjakan harga di peringkat global.

Katanya, rakyat juga tidak perlu panik kerana bekalan makanan asas itu di pasaran setakat ini mencukupi, namun terdapat sedikit peningkata­n harga iaitu antara 10 hingga 30 peratus.

“Dari segi bekalan tidak terjejas, cuma harga meningkat kerana pertama isu Ukraine dengan Russia dan kedua, kos pengangkut­an yang naik dengan mendadak.

Rosol (kiri) meninjau tepung gandum yang dijual pada Program Jualan Kedai Prihatin di Kampung Gaung, Hulu Terengganu, semalam.

“Berkenaan gandum am bersubsidi, ia adalah gandum khusus untuk kegunaan B40, jadi penguranga­n tidak menjejaska­n peniaga yang buat roti canai, kuih dan sebagainya,” katanya selepas meninjau program Jualan Kedai Prihatin, di sini semalam.

Dalam pada itu, Rosol berkata, kerajaan tetap memantau harga minyak sawit campuran di pasaran walaupun produk itu tidak termasuk dalam senarai barangan kawalan.

Katanya, pengguna boleh membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang menjual produk itu dengan harga yang terlampau tinggi.

“Yang kita kawal minyak masak sawit tulen satu hingga lima kilogram. Kalau ada peniaga jual lebih daripada harga maksimum boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 (AKHAP 2021).

“Tetapi jika ada peniaga yang ambil untung melampau atas jualan minyak sawit campuran, boleh buat aduan dan kita akan ambil tindakan,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia