Berita Harian

Suami isteri minta, terima rasuah RM600,000 direman

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Suspek ditahan bantu siasatan berhubung kerja pelantikan syarikat untuk GLC

Putrajaya: Sepasang suami isteri direman enam hari, bermula semalam, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan lebih RM600,000 berhubung kerja pelantikan syarikat pengangkut­an untuk sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Majistret Shah Wira Abdul

Halim membenarka­n kedua-dua suspek berusia 50-an dan 40-an itu direman hingga 10 Jun ini selepas mendengar permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi semalam.

Sumber berkata, pasangan itu ditahan di rumah mereka di Petaling Jaya, Selangor, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Katanya, suspek lelaki yang berkhidmat sebagai eksekutif kanan di sebuah GLC disyaki meminta ‘habuan bulanan’ kira-kira RM20,000 sebagai balasan melantik sebuah syarikat pengangkut­an bagi penghantar­an produk berasaskan minyak ke seluruh negara untuk tempoh antara Julai 2019 hingga April 2022.

Difahamkan, isteri suspek turut ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan suaminya untuk meminta dan menerima suapan bagi pihak lelaki itu.

“Isteri suspek juga dipercayai mempunyai kawalan ke atas kad debit milik syarikat pengangkut­an berkenaan, dan pemilik syarikat itu terbabit dalam urusan rasmi dengan suami suspek,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, eksekutif kanan terbabit sudah digantung tugas di syarikat berkenaan.

Sementara itu Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddi­n Hashim, mengesahka­n penahanan pasangan suami isteri terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

 ?? (Foto ihsan SPRM) ?? Sepasang suami isteri direman enam hari bagi membantu siasatan kes minta dan terima rasuah RM600,000 di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.
(Foto ihsan SPRM) Sepasang suami isteri direman enam hari bagi membantu siasatan kes minta dan terima rasuah RM600,000 di Mahkamah Majistret Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia