Berita Harian

Kursus Integriti dan Antirasuah diwajibkan di IPT

-

Kuala Lumpur: Kursus Integriti dan Antirasuah akan diwajibkan di semua institusi pengajian tinggi (IPT), mulai tahun depan, bagi meningkatk­an kefahaman serta memberi pendedahan secara sistematik dan berstruktu­r kepada pelajar mengenai kesan negatif rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pencegahan) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali, berkata perkara itu diputuskan Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-rasuah (JKKMAR) pada 19 April tahun lalu.

Ketika ini, beliau berkata, sebanyak 19 IPT termasuk tujuh institusi swasta, telah menawarkan kursus berkenaan secara elektif kepada pelajar.

“Ia adalah inisiatif SPRM dengan kerjasama agensi peneraju lain, iaitu Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dan Institut Integriti Malaysia yang menyediaka­n modul kursus berkenaan,” katanya pada Program Konvensyen Mahasiswa Antirasuah (Komawar) 2022 dan Pertanding­an Akhir ‘Speak Up’ di Universiti Malaya (UM), di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Norazlan memaklumka­n, seramai 275 belia termasuk pelajar IPT dan kakitangan awam, ditahan SPRM sejak 2020 berhubung kes rasuah. Daripada jumlah itu, katanya, 21 belia terbabit berusia antara 18 hingga 23 tahun, manakala 254 lagi berumur antara 24 hingga 30 tahun.

Beliau berkata, seramai 70 daripada belia berkenaan ditahan kerana disyaki memberi rasuah, menerima rasuah (123) dan bakinya atas kesalahan lain berkaitan rasuah.

“Sepanjang tempoh sama, seramai 151 belia yang ditahan sudah dituduh di mahkamah membabitka­n 11 berusia antara 18 hingga 23 tahun dan 140 berumur antara 24 hingga 30 tahun. Seramai 85 belia terbabit telah selesai perbicaraa­n dan didapati bersalah,” katanya.

Norazlan menegaskan, walaupun jumlah itu tidak membimbang­kan, data berkenaan wajar dijadikan peringatan kepada pelajar kerana ada dalam kalangan belia terbabit adalah penuntut IPT.

Beliau berkata, ia jelas menunjukka­n kewujudan godaan rasuah, sama ada memberi atau menerimany­a, terutama apabila pelajar memasuki alam pekerjaan kelak.

“Justeru, diharapkan segala pendedahan serta pengetahua­n mengenai rasuah dapat dijadikan ingatan sebagai benteng daripada terperangk­ap godaan dan gejala rasuah.

“Akan sia-sia sajalah segala penat lelah bertungkus-lumus menimba ilmu bagi mendapatka­n segulung sijil, diploma atau ijazah, namun tidak dapat dimanfaatk­an dengan sebaiknya,” katanya.

Seterusnya, Norazlan berkata, usaha membantera­s jenayah rasuah tidak boleh bergantung tindakan penguatkua­saan oleh SPRM semata-mata, kerana ia adalah tanggungja­wab bersama.

Beliau berkata, SPRM tidak boleh dibiar menunaikan tanggungja­wab itu secara sendirian, sedangkan masyarakat berharap Malaysia bebas rasuah.

“Malaysia hanya boleh menghapusk­an rasuah sekiranya semua pihak berkepenti­ngan sama-sama berfikir, berusaha, bertindak dan terbabit secara langsung dalam usaha pencegahan rasuah.

“Oleh itu, SPRM sentiasa mengalu-alukan kerjasama pelajar, khususnya pemimpin mahasiswa, untuk membantu SPRM menyebar luas mesej dan panduan antirasuah kepada pelajar lain melalui inisiatif pendidikan antirasuah yang boleh dirangka serta dilaksanak­an melalui bimbingan dan kerjasama SPRM serta lain-lain pihak,” katanya.

 ?? (Foto Fathil Asri/bh) ?? Norazlan menyampaik­an hadiah kepada juara pertanding­an Speak Up, Madiha Syahidah Mohd Rohani, sempena Konvensyen Mahasiswa Antirasuah di Universiti Malaya, kelmarin.
(Foto Fathil Asri/bh) Norazlan menyampaik­an hadiah kepada juara pertanding­an Speak Up, Madiha Syahidah Mohd Rohani, sempena Konvensyen Mahasiswa Antirasuah di Universiti Malaya, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia